[VIDEO] 'Tiada apa berubah', perantau Sabah sedih billboard raya Bung Moktar boleh tukar baharu tetapi jalan masih lama


  • Massa
  • Ahad, 30 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan papan iklan raya Bung Muktar bersama dua isterinya di Kinabatangan, Sabah.

PAPAN iklan ucapan raya memaparkan gambar Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin raih perhatian penduduk termasuk perantau Sabah. 

Papan iklan tersebut juga disertakan dengan gambar Bung Moktar bersama isteri pertamanya, Datin Nor Asidah Alimuddin dan madunya, Datin Zizie Izette. 

Ia bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi rata-rata warga maya yang melihat keadaan jalan di lokasi papan iklan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bayangkan kalau kena kepala', pemandu cemas batu jatuh dari lori melekat di cermin

BACA LAGI: [VIDEO] Sindiket pengemis warga Kemboja di bazar Ramadan Ipoh terbongkar, rupanya 'kerja' cucu sendiri

Menerusi video dikongsikan perantau yang pulang ke Sabah di akaun Facebook Sabah Info, tiada sebarang perubahan ketara dilihat selain gambar di papan iklan. 

"Lama tak balik, Kinabatangan, yang berubah hanya papan iklan," tulisnya. 

Video tersebut turut menerima sokongan warga Kinabatangan yang mengeluh tentang keadaan jalan di kawasan itu. 

"2025 sudah, tetapi tiada apa-apa perubahan. Muka orang rumah pun boleh berubah semakin cantik, inikan pula jalan raya yang semakin teruk di Sabah," tambah Erna Ena

"Betul, bertahun-tahun tidak balik Sabah. Tetapi, bila balik sabah, sedih tengok masih sama macam itu dan tiada perubahan," sokong TheFareez Shah.

"Ada pembaikan jalan tetapi tidak berkualiti, hari ini tampal tunggu esok, hancur sudah," tambah Elin Lilian. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram