Pupuk nilai patriotik, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam murid bermula 21 April


  • Primer
  • Khamis, 27 Mac 2025

Setiap pelajar akan menerima dua buah lencana Jalur Gemilang menjelang sesi persekolahan 2026/2027. — The Star/YAP CHEE HONG

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengedarkan lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk dipakai oleh para pelajar di semua institusi di bawah kendalian kerajaan bermula 21 April.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis, ia tertakluk kepada para pelajar di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dalam kenyataan dikeluarkan, KPM berkata tujuan pengedaran lencana itu adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

BACA LAGI: Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri bermula Jumaat

BACA LAGI: Penjawat awam di Kelantan terima bantuan khas Aidilfitri RM500 Khamis

Panduan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada uniform pelajar sekolah.

"Inisiatif ini yang melibatkan semula sekolah-sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di Malaysia, mensasarkan untuk memumpuk nilai patriotisme dan cinta kepada negara dalam kalangan pelajar dan golongan pendidik," katanya.

KPM turut memberitahu yang setiap pelajar akan menerima dua buah lencana Jalur Gemilang secara percuma menjelang sesi persekolahan 2026/2027.

Dalam masa yang sama, KPM turut menyediakan panduan memakai lencana Jalur Gemilang yang turut disertakan dalam Surat Pekeliling No. 3/2025 yang dijadikan sebagai rujukan.

Inisiatif tersebut selair dengan tugas institusi pendidikan untuk membina maruah negara dan memupuk nilai patriotik dalam kalangan generasi muda. — The Star/ROWENA CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram