Apa kata penumpang sendiri desak pemandu bawa bas secara berbahaya berhenti elak kemalangan


  • Massa
  • Khamis, 27 Mac 2025

Rakaman kejadian sebuah bas ekspres yang dipandu secara berbahaya mendapat perhatian warga maya.

MUSIM perayaan tiba lagi dengan permintaan terhadap bas ekspres semakin meningkat untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun begitu, isu pemandu membawa bas ekspres secara berbahaya seperti tidak menemui kesudahan dengan baru-baru ini tular video terbaharu berkaitan itu.

Dalam kejadian itu, sebuah bas ekspres dilihat dipandu secara berbahaya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kelantan pada Isnin dengan pemandu tersebut dilihat memotong di garisan berkembar.

BACA LAGI: Isu 'plagiat' rekaan samping motif keris, penggiat seni budaya Nusantara beri 'didikan' dari perspektif tekstil dan warisan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sepatutnya tahun pertama raya sebagai suami isteri', adik sayu kongsi sikap kakak sebelum maut kemalangan di Sik

Pemanduan secara berbahaya itu mendapat perhatian warga maya kerana mereka risau berlakunya kemalangan tidak diingini lagi-lagi dengan sambutan Aidilfitri semakin hampir, dikhuatiri orang ramai tidak berkesempatan menemui insan tersayang.

Malah, ada yang menyarankan penumpang menggunakan hak mereka sebagai pengguna untuk memastikan perjalanan mereka pulang ke kampung dalam keadaan selamat.

Ia termasuklah mendesak pemandu untuk berhenti seketika daripada memandu secara tergesa-gesa yang boleh membahayakan nyawa para penumpang.

"Diharapkan selepas ini, penumpang sendiri boleh mendesak agar pemandu yang memandu dalam keadaan bahaya supaya berhenti berbuat demikian. Nyawa penumpang yang dipertaruhkan dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab pemandu. Menyesal kemudian tidak berguna," kata warganet bernama Finas Taib.

Malah, ada yang berpendapat tindakan yang lebih keras perlu diambil terhadap pemandu yang membawa bas secara berbahaya.

Pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seharusnya bertindak agresif dengan menggantung lesen pemandu tersebut sebagai pengajaran untuknya.

"JPJ batalkan terus lesen pemandu ini kerana membahayakan penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain," cadang Ghazali Zali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram