[VIDEO] 'Sepatutnya tahun pertama raya sebagai suami isteri', adik sayu kongsi sikap kakak sebelum maut kemalangan di Sik


  • Massa
  • Rabu, 26 Mac 2025

Gambar raya Lokman Hakim (kiri) dan Intan Suraya (kanan) yang sempat diambil sebelum maut dalam kemalangan di Sik, Kedah pada Selasa. — Facebook

PILU hati seorang wanita selepas menerima berita kematian kakaknya yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung, Sik, Kedah pada Selasa.

Pasangan suami isteri, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, dilaporkan maut selepas sahaja selesai merakamkan gambar kenangan mereka berdua sempena Hari Raya Aidilfitri ini di studio dekat Baling, Kedah. 

Polis juga mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang Selasa.

BACA LAGI: Ops Khas Aidilfitri: Pemandu bas ekspres turunkan penumpang sesuka hati disaman serta-merta — JPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Kelantan bawa bayi buat ‘job delivery’, anak muda terutama lelaki masih harap duit mak ayah patut rasa tercabar

Ketika kejadian, kereta Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Selambau menghala ke Batu Lima.

Kereta yang dipandu Lokman Hakim bagaimanapun hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Impak daripada pelanggaran itu, mayat pasangan itu tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. 

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Sementara itu, menerusi hantaran dikongsikan adik Intan Suraya di Facebook Ruhul Hayah, ia sepatutnya merupakan tahun pertama pasangan itu menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai suami isteri.

Dia juga sempat berkongsi sikap kakaknya yang rajin bekerja untuk membantu keluarga.

"Sepatutnya tahun ini raya pertama mereka sebagai suami isteri.

"Tetapi, betapa hebatnya insan bernama Intan Suraya, anak yang baik, tulang belakang keluarga. Kaklong anak yang baik, jaga kebajikan ibu dan adik-adik.

"ALLAH jemput dia dan suami sambut raya pertama bersama di syurga. Pergi pada 10 hari terakhir Ramadan," tulisnya sayu.

Dalam pada itu, mayat kedua-dua mangsa dilaporkan sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.

Kes juga di siasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram