'Kalaulah ada 10 TMJ di Malaysia', fans harap pihak pengurusan kelab lain jaga 'rapat' kebajikan pemain


  • Podium
  • Rabu, 26 Mac 2025

TMJ menyerahkan duit raya kepada barisan pemain kebangsaan pada Selasa. — Facebook/FMNT

PEMBERIAN duit raya kepada pemain skuad Harimau Malaya yang diberikan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) pada Selasa meraih perhatian para penyokong bola sepak tanah air.

Sebelum ini, barisan pemain skuad kebangsaan termasuk barisan kejurulatihan serta semua staf sokongan diberi duit raya selepas meraih tiga mata dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal Selasa malam. 

Duit raya itu juga diberikan untuk para pemain mempersiapkan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

BACA LAGI: Tiada lagi 'national call', pemain kacukan JDT, KL dan Pahang semakin lenyap dari HM

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sepatutnya tahun pertama raya sebagai suami isteri', adik sayu kongsi sikap kakak sebelum maut kemalangan di Sik

Barisan pemain Harimau Malaya yang menerima duit raya daripada TMJ. — Facebook

Berita itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi penyokong kelab lain terutama yang mempunyai masalah gaji. 

Tidak kurang juga ada yang memuji tindakan TMJ kerana sentiasa menjaga kebajikan setiap pemain. 

"Sedang pihak pengurusan lain masih tidur, beliau keluar dan menghabiskan masanya untuk memperkasa bola sepak Malaysia.

"Unspoken, talk and walk. Kalaulah ada lagi 10 TMJ di Malaysia," komen Ujang Romero.

Sementara itu, rata-rata penyokong menggesa pihak pengurusan kelab bola sepak lain mengikut jejak langkah TMJ bagi menyuntik semangat pemain. 

"Terbaik TMJ, semangat pemain-pemain dapat majukan negara macam ini, jadi contoh kepada kelab lain," kata Rizal Shaari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram