Fans Sri Pahang dakwa tiket final Piala Malaysia mahal, tak berbaloi semata mahu tengok JDT 'training' di SNBJ


  • Podium
  • Jumaat, 07 Mac 2025

Bagi memudahkan penyokong-penyokong mendapatkan tiket, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pasukan finalis.— Facebook/MFL 

LIGA  Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April, kekal seperti musim lepas.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Empat kategori itu adalah General Admission yang menawarkan tiket serendah RM50 dan RM70, Premium Grandstand (RM150) dan VIP Grandstand yang dijual pada harga RM200.

BACA LAGI : JDT hitung hari, jaguh kelab China, Korea Selatan pun 'terciduk' di SSI, apatah lagi Buriram United

BACA LAGI : [VIDEO] 'Milos dan Assifuah masih ada', Victor Andrag terpaksa panggil semula 8 pemain muda hadapi KL City

MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sepertI musim lepas. — Facebook/MFL 

“Kami berharap dengan penetapan harga tiket serta pengumuman lebih awal ini akan memudahkan penyokong-penyokong JDT dan Sri Pahang FC merancang perjalanan untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

“Bagi memudahkan penyokong-penyokong mendapatkan tiket, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pasukan finalis seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

"Proses ini dilihat membolehkan JDT dan Sri Pahang FC dapat menjual tiket kepada penyokong masing-masing secara sistematik dan sama rata,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Susulan pengumuman tersebut, ramai penyokong tempatan menyuarakan pandangan mereka mengenai harga tiket yang didakwa terlalu mahal.

Ada juga yang bergurau mengatakan bahawa membeli tiket dengan harga tinggi hanya untuk menyaksikan juara bertahan Liga Super itu 'latihan' dalam perlawanan menentang skuad Tok Gajah adalah satu kerugian.

"Beli tiket mahal-mahal, semata-mata nak tengok JDT training di SNBJ," kata Mohammad Nor Aizat.

"Mahal sangat tiket kena jual ini, sudahlah mahal, juara pun boleh agak pasukan mana," kata Saiful Azim.

"Saya sebagai fans Pahang tak berbaloi beli, sudahlah mahal dan satu lagi boleh tahu siapa juara," kata Rahim Iberahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram