
SEORANG pelajar tingakatan lima dilaporkan meninggal dunia selepas menyertai acara merentas desa yang dianjurkan oleh sekolahnya di Sungai Petani, Kedah pada Khamis.
Memetika laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin dikatakan rebah selepas melepasi garisan penamat setelah menyelesaikan disiplin larian sejauh enam kilometer.
Kejadian tersebut menimbulkan suasana panik kerana Muhammad Haziq Uzayr dikenali sebagai pelajar aktif bersukan dalam kalangan gurunya. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungat Petani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...