[VIDEO] Tak boleh terima keputusan ref punca fans Indonesia bakar padang stadium


  • Podium
  • Khamis, 20 Feb 2025

Perlawanan Liga 2 Indonesia bertukar tragedi malang apabila rusuhan besar-besaran berlaku melibatkan penyokong memasuki padang.

PERLAWANAN antara Persela Lamongan dan Persijap Jepara dalam saingan Liga 2 Indonesia dicemari dengan insiden pergaduhan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Extra Time Indonesia di laman X itu menyaksikan perlawanan tersebut bertukar tragedi malang apabila rusuhan besar-besaran berlaku melibatkan penyokong memasuki padang membanjiri perkarangan tersebut.

Dipercayai, insiden itu berlaku ekoran daripada para penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bertuahnya pemain JDT', MB Johor kongsi bagaimana TMJ 'paksa' skuad Harimau Selatan lawat famili sukar di Pontian

BACA LAGI: JDT lebur rekod buruk, tundukkan Pohang demi aksi lebih mudah di pusingan ke-16 ACLE

Dalam aksi tersebut, Persela Lamongan tewas 0-1 kepada Persijap Jepara menerusi jaringan Rosalvo Candido pada minit ke-37.

Persela Lamongan juga harus bermain dengan 10 orang akibat penjaga golnya, Muhammad Bimasakti Andiko dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Persijap.

Situasi berubah kecoh pada minit ke-79 apabila suar dilemparkan sebelum penyokong mula turun ke padang.

Fasiliti stadium juga menjadi sasaran amukan seperti tempat duduk pemain, papan iklan dan di ruangan bawah stadium mengalami kerosakan, manakala salah satu pintu gol dibakar.

Melihat keadaan semakin buruk serta tiada tanda untuk kembali aman, pengadil serta pihak penganjur pertandingan membuat keputusan untuk membatalkan terus perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram