[VIDEO] 'Pilihan tepat', fans restu peledak Terengganu ke JDT


  • Podium
  • Khamis, 20 Feb 2025

Perpindahan itu menjadikan Alif sebagai pemain kedua yang ditandatangani oleh JDT bagi memperkukuh cabaran mereka musim ini. — Facebook/JDT Futsal

KEM futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) kini tersenyum lebar apabila penyerang berbisa Terengganu kini sah menjadi milik kelab Selatan tanah air itu.

Hal ini kerana, skuad futsal JDT berjaya mendapatkan bintang muda Terengganu, Alif Mat Amin.

Berita baik itu diumumkan melalui satu hantaran video di akaun media sosial JDT Futsal, yang menunjukkan Alif berada di Stadium Tertutup Pasir Gudang sambil menyarung jersi JDT.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bertuahnya pemain JDT', MB Johor kongsi bagaimana TMJ 'paksa' skuad Harimau Selatan lawat famili sukar di Pontian

BACA LAGI: [VIDEO] Tak boleh terima keputusan ref punca fans Indonesia bakar padang stadium

“Dari Pantai Timur ke Johor, selamat datang Alif Mat Amin,” tulisnya.

Alif yang berusia 27 tahun, menyertai JDT selepas musim cemerlang bersama Terengganu yang mana dia berjaya menjaringkan tujuh gol untuk pasukannya musim lalu.

Sebelum ini, Alif juga pernah beraksi bersama Pahang Rangers dari musim 2021 hingga 2023, sebelum kembali ke Terengganu setahun kemudian.

Perpindahan itu menjadikan Alif sebagai pemain kedua yang ditandatangani oleh JDT bagi memperkukuh cabaran mereka musim ini, selepas Syed Aizad dari Selangor.

Skuad futsal JDT kini giat melakukan persiapan pra-musim dengan beberapa aksi persahabatan diatur di sekitar Lembah Klang sebagai persiapan untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

"Pilihan yang tepat JDT, padu budak ini," kata Akim Ahmad.

"Padu budak ini, kaki tarik bola," kata Fared Mustakim.

"Laju ini dia, memang sesuai di JDT," kata Wan Fazli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram