Trafik sesak, bunyi bising buat penduduk di Jalan Metro Perdana naik rimas


  • Primer
  • Selasa, 18 Feb 2025

Isu kesesakan lalu lintas di hadapan kompleks pangsapuri termasuk bunyi bising dan masalah 'double park' merimaskan penduduk.

PENDUDUK sebuah kompleks pangsapuri rimas dengan kesesakan lalu lintas di Jalan Metro Perdana di Kepong, Kuala Lumpur. 

Aktivis Masyarakat, Yee Poh Ping berkata beberapa aduan telah dibuat mengenai kenderaan yang membuat parkir berganda atau double park di sepanjang jalan di hadapan Fortune Perdana Lakeside Residences yang menyumbang kepada kesesakan di kawasan berkenaan. 

Beliau berkata, kedai-kedai di kompleks itu popular tetapi tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk pelanggan. 

BACA LAGI: Kongsi 'password' telefon dengan pasangan ada yang okey kerana percaya, enggan sebab ganggu privasi

BACA LAGI: 'ALLAH angkat darjat ke tanah suci', pak cik OKU mangsa pukul tunaikan umrah di Makkah

Tambahnya, lori yang menghalang laluan lintas untuk memunggah barang di hadapan kedai juga menambah kepada masalah sedia ada.

Yee berkata, perasaan marah akan memuncak dan pemandu kenderaan akhirnya membunyikan hon antara satu sama lain apabila trafik terhenti di kedua-dua arah.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kok berkata, bunyi bising daripada jalan raya boleh didengari walaupun dari tingkat 16 kompleks pangsapuri itu. 

"Bunyi bising bergema di seluruh kompleks itu sehingga malam, sebelum sunyi setelah kedai ditutup," kata Kok. 

Tambahnya, penduduk pangsapuri juga terpaksa menggunakan pintu masuk dan keluar yang lain untuk mengakses kompleks itu kerana masalah kesesakan yang dihadapi mereka.

Yee berkata, sekurang-kurangnya 13 pemilik perniagaan yang beroperasi di lot kedai kompleks itu telah menandatangani petisyen untuk meminta penjajaran semula jalan. 

Sebelum ini dilaporkan bahawa kesesakan di kawasan tersebut mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Januari 2024. 

Yee berkata, pada Julai tahun lepas, seorang perunding yang dilantik DBKL telah meneliti jalan itu dan mendapati ia sesuai untuk ditukar daripada sistem dua hala kepada lalu lintas sehala.

Tambahnya, penduduk dan pemilik kedai sedang menunggu keputusan DBKL. — TheStar/LEE JUNE LING 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram