
SUDAH menjadi lumrah untuk manusia meminati kereta dan ingin memandu dengan selajunya apabila berada di jalan raya.
Namun begitu, perkara itu secara dalam diam boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain kerana jika seseorang itu memandu dengan terlalu laju, ia boleh mengakibatkan kemalangan.
Kini, muncul pula satu trend dimana terdapat segelintir pengguna media sosial berkongsi video mereka memandu secara memulu demi mendapatkan like daripada pengikut.
BACA LAGI: [VIDEO] KL Wildcats kekal rekod ‘perfect’ baham Johor, fans kecewa taktikal Jewels mudah dibaca
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki kecewa pasangan suami isteri muda di Skudai joli kad bank sampai RM400
Kebimbangan itu disuarakan oleh warganet, Hezeri Samsuri yang berkongsi salah sebuah video pengguna media sosial dengan bangganya menayang pemanduan melulu mereka pada kelajuan sekitar 190 km/j di lebuh raya.
"Benda macam ni kalau kita diam, makin menjadi. Pihak berkuasa kena mula garang untuk tangani gejala media sosial ini.
"Kalau di luar negara, YouTuber terkenal pun akan disaman. Saman, dia siap hidang bukti lagi.
"Highway kita dah terlalu banyak kenderaan dan budak ni menambahkan risiko kita semua. Tolonglah garang sikit," katanya.
Pendapat Hezeri itu disambut oleh warganet lain yang bersetuju pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk lebih tegas dalam penguatkuasaan undang-undang.
Undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengatasi masalah tersebut. Apa yang perlu dibaiki cumalah penguatkuasaan supaya trend tersebut dapat dihapuskan sekali gus menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.
"Kita ada undang-undang tapi penguatkuasaan sangat lemah. Makin ramai yang bangga tunjuk dan rakam mereka memandu melulu dan melebihi had laju sebab mereka tahu tak akan kena apa-apa tindakan.
"Letaklah segala jenis AES pun tak akan selesaikan masalah ini. Penguatkuasaan kena tegas," komen Izwan Izzat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram