
JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam misi memburu kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan menewaskan kelab Australia, Central Coast Mariners (CCM) di halaman lawan pada Selasa.
Harimau Selatan hadir ke Australia dengan misi penting untuk membawa pulang tiga mata bagi memperkukuhkan tempat dalam kelompok lapan terbaik berbekalkan momentum sembilan kemenangan berturut-turut.
Persiapan menentang kelab Australia itu juga sudah dibuat rapi apabila JDT bertindak untuk membawa masuk tiga wajah baharu iaitu bek tengah, Alvaro Gonzalez; penyerang sayap kiri, Jonathan Viera dan Roque Mesa beraksi di posisi tengah.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Chemistry’ kuat Jonathan Viera-Roque Mesa kemudi tengah padang bukti pembelian bijak JDT
BACA LAGI: Sejak kecil tak percaya dirinya putera raja, Jordi Amat akhirnya faham mesej nenek lepas sertai JDT
Kehadiran tiga pemain itu jelas akan membantu dalam segenap posisi Harimau Selatan dan antara yang paling ditunggu ialah aksi rakan karib Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al-Nassr iaitu Gonzalez.
Untuk rekod, bekas pemain Sepanyol bawah 21 tahun itu tiba ke JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Qadsia dan miliki pengalaman luas bermain di Liga Sepanyol dan Perancis bersama pasukan ternama.
Khidmat bek tengah berusia 32 tahun berkenaan diyakini mampu mengawal bahagian belakang Harimau Selatan dengan baik susulan fizikal yang dimilikinya dan semestinya pengalaman mahal Gonzalez.
Terbaharu, kelibatnya di sesi latihan bersama rakan sepasukan lain juga memberi keyakinan kepada penyokong untuk aksinya dalam pertemuan penting menentang Central Coast Mariners pada esok.
"Muka garang, macam ini punya komited. Betul-betul jeneral atas padang," kata penyokong JDT, Daniel Harris.
"Latihan pun sudah sudah bersunggu macam ini. Muka pun ketat semacam, perlawanan sebenar mesti mantap ini," tambah penyokong Harimau Selatan, Shahrul Iwan.
"Muka garang semacam buat pemain serangan lawan takut," pendapat penyokong Harimau Selatan, Abu Putera.
Aksi pertama Gonzalez bersama JDT menentang Central Coast Mariners bakal berlangsung pada Selasa, 11 Februari di tempat lawan dengan sepak mula pukul 4 petang waktu Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram