[VIDEO] ‘Budak-budak sekarang melawan saja’, hasrat Amri Yahyah turun ilmu ambil sepakan penalti tak 'dihargai'


  • Podium
  • Isnin, 10 Feb 2025

Amri pernah berkhidmat bersama Selangor FC pada 2001-2013 sebelum kembali semula pada 2017 sehingga 2019.

LEGENDA Selangor FC, Mohd Amri Yahyah sempat berkongsi ilmu tentang teknik sepakan penalti bersama seorang individu baru-baru ini.

Bekas pemain berusia 44 tahun itu kini giat beraksi bersama liga amatur dan masih aktif mewakili PT Athletic di Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Perkongsian TikTok Alhafiz menunjukkan bahawa Amri sedang berkongsi teknik sepakan penalti terbaik kepada individu tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Media Australia buat analisis, waspada ancaman 7 ayam tambatan JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah bahan Harimau Malaya, KL City mangsa baharu drama Chatchai Budprom

Amri memberi perkongsian sekiranya seseorang pemain mahu mengambil sepakan penalti dengan lebih baik dan yakin.

"Apabila kita mahu melakukan sepakan penalti, pastikan ia dihalakan kepada satu sudut sahaja. Jangan semasa nak sepak tiba-tiba kita tukar kepada sudut yang lain.

Sepakan oleh Alhafiz itu bagaimanapun melambung tinggi sungguhpun telah dihalakan kepada satu sudut sahaja lalu menerima respon daripada bekas pemain Sabah itu.

@hafizsajahan Pantang betul dengar teguran, last last jadi beban pasukan #fyp #malaysia #bolasepak #mfl @mr17amriyahyah ♬ original sound - Alhafiz

"Budak-budak ni sekarang kita cakap, melawan saja. Berlagak," ujar Amri berseloroh.

Untuk rekod sepanjang bersama PT Athletic, Amri telah meledakkan 12 gol sekali gus menjadi penjaring terbanyak buat pasukan yang berpengkalan di Putrajaya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram