
PAHANG Tulips meraih kemenangan tipis selepas menumpaskan Terengganu Marvels dengan keputusan 52-51 dalam saingan minggu kedua Netball Super League (NSL) 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad.
Hamsana Shamin membariskan skuad terbaiknya seperti Thishala Tharani (Goal Shooter), Nurirdina Sumaya (Goal Attack), Nurain Humaira (Wing Attack), Fara Shafira (Centre), Fatin Ellysa (Wing Defence), Liyaara Malmi (Goal Defence) dan Shandralelka (Goal Keeper).
Manakala, Terengganu Marvels pula diperkuatkan oleh Matilda Vocea (Goal Shooter), Fatin Najiha (Wing Attack), Izyan Syazana (Goal Attack), I'dha Syamimi (Centre), Najiha Iman (Wing Defence), Reama Verekauta (Goal Defence), dan Nuriz Shazleen (Goal Keeper).
BACA LAGI: [VIDEO] Pertukaran taktikal, ketajaman balingan GA Perak bantu Phoenix bangkit ranap Selangor Angels
BACA LAGI: [VIDEO] Rekod Pahang dirampas, Ashwinii jadi kunci Putrajaya Dynamites raih kemenangan terbesar NSL
Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dalam aspek serangan dan bertahan dalam aksi suku pertama dan kedua untuk kedudukan berakhir dengan anak buah Farhana Mustafa terlebih dahulu mendahului 28-23.
Begitupun, Pahang kembali bangkit merapatkan kedudukan untuk mengikat Terengganu 43-43 dalam suku keempat dan momentum itu diteruskan untuk menewaskan Terengganu 52-51.
Aksi cukup sengit dari dua pasukan Pantai Timur yang hanya dibezakan satu mata itu membuatkan penyokong melihat ia sebagai match of the week untuk minggu ini.
“Memang patut jadi perlawanan terbaik, aksi cukup menarik dari kedua-dua pasukan,” kata penyokong bola jaring, Wan Mohd Husni.
“Sakit sangat tengok perlawanan ini, sangka Terengganu akan menang dah tadi,” komen penyokong Marvels, Cik Sitiniey.
"Baik Pahang malam ini (Ahad). Semangat nak menang tinggi. Walaupun saya sokong Terengganu tetapit Pahang tetap mantap. Terengganu pun mantap juga," komen tambah penyokong, Rogaya Ramli. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram