Percaturan kerah peledak Brazil selamatkan air muka Sabah di Paroi


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Pedro menjaringkan gol kemenangan buat Sabah FC dalam aksi menentang NSFC pada Sabtu. — Facebook/SabahFC

IMPIAN Negeri Sembilan FC untuk mendapatkan kemenangan kedua tidak kesampaian apabila Sabah FC merekodkan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Pada awal permainan bermula, skuad kendalian K. Nanthakumar memberi amaran awal kepada Sabah FC untuk mendapatkan kemenangan kedua apabila rancak melakukan serangan.

Namun, Sabah terlebih dahulu bernasib baik apabila percubaan pertama membuahkan hasil selepas Saddil Ramdani meledak jaringan gol pertama buat pasukan pelawat.

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Dylan Wenzel-Halls, Penang FC destinasi 3 import 'striker' menyerlah di Liga M

BACA LAGI: [VIDEO] 'Midfield' pinjaman Selangor cipta debut 45 minit, ini 8 rekod aksi sulung bintang Malaysia beraksi di Thai League 1

The Rhinos berjaya mencipta gol pertama apabila lontaran Daniel Ting kepada Gabriel Peres dalam kawasan penalti, berjaya disudahkan oleh Saddel Ramdani pada minit keempat permainan.

Selepas itu, skuad kendalian Martin Stano semakin agresif untuk memburu gol kedua namun ia berjaya dinafikan oleh penjaga gawang Hobin Jang Hobin, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Bukan gol kedua yang diperoleh tapi sebaliknya Daniel Ting dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 selepas menolak badan pemain skuad Jang apabila cuba melakukan tampanan.

Keputusan positif diraih oleh Sabah FC pada babak pertama itu membuatkan penyokong bersetuju dengan percaturan Stano yang tidak menurunkan Joao Pedro sebagai kesebelasan utama.

“Sesuailah rehatkan Joao Pedro atau masukkan pada babak kedua nanti. Supaya dia nampak gaya permainan rakan-rakannya,” kata penyokong Sabah FC, Tran Tula.

“Pedro baik dimasukkan pada separuh masa kedua. Tapi jangan terlampau lama simpan dia,” kata penyokong The Rhinos, Alex Leekato.

Memasuki 17 minit selepas separuh masa kedua bermula, Jafri Firdaus Chew dikeluarkan dan digantikan oleh Pedro pada minit ke-62 permainan.

Percaturan memasukkan penyerang kelahiran Brazil itu membuahkan hasil apabila Pedro berjaya memperoleh gol kedua apabila menolak bola ke gawang NSFC selepas menerima hantaran dari Stuart Wlkin.

Memasuki minit ke-82 permainan, penyerang pinjaman Selangor, Hein Htet Aung meledak gol pertama untuk Negeri Sembilan selepas menerima hantaran daripada Jacque Faye.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Sabah mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Super, dipisahkan tujuh mata di belakang Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram