Elaun naik RM500, peluang anak muda Kelantan tiada kerja tetap, muncul pelapis pengayuh beca


  • Massa
  • Rabu, 22 Jan 2025

Kadar elaun pengayuh beca dinaikkan kepada RM500 setiap bulan bermula 2025. — Gambar hiasan/Facebook

INISIATIF Kerajaan Negeri Kelantan untuk menaikkan kadar elaun pengayuh beca daripada RM100 kepada RM500 setiap bulan bermula 2025 disambut baik seluruh masyarakat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, inisiatif tersebut merupakan tanda kesungguhan dan keprihatinan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan tersebut yang menjadi ikon warisan dan pelancongan negeri.

Katanya, jumlah itu dinaikkan bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka selain hanya memberikan sumbangan sebagai tanda peringatan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Janganlah nangis’, 2 nelayan hanyut berhampiran perairan Pulau Undan diselamatkan ‘rakan sejawatan’ Indonesia

BACA LAGI: Sorok dari keluarga, pasangan kekasih dicekup sumbat mayat bayi baru lahir dalam beg di Port Dickson

5975274294969741966

Mohd Nassuruddin berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di Kelantan. — The Star

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Kamarudin Md Nor pada masa sama memaklumkan bahawa setakat ini, jumlah pengayuh beca hanya kira-kira 15 orang sahaja jika dibandingkan sebelumnya 17 orang.

Justeru, idea tersebut berkemungkinan boleh dijadikan sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah kepupusan beca di Kelantan.

Mengulas lanjut, rata-rata warga maya menyatakan sokongan penuh terhadap usaha yang dilihat mampu memberi manfaat kepada generasi muda.

"Setuju, kalau elaun naik, mungkin budak kampung yang tiada kerja pun boleh buat perkhidmatan beca sebagai pelapis.

"Mungkin juga akan ada inovasi mereka, lebih baik daripada duduk di rumah sahaja," komen Bepix Abu Syariff.

"Terbaik, ini boleh hidup dan ceriakan pengayuh beca untuk giatkan lagi sektor pelancongan di bandar Kota Bharu, Kelantan," sokong Amat Matte. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram