[VIDEO] Kenali dunia BMX: Kaki tersepit pedal tak luntur semangat Ayden BamBam


  • Massa
  • Rabu, 22 Jan 2025

Ayden BamBam yang mula berjinak dalam sukan BMX sejak berusia empat tahun selepas melihat aksi bapanya.

SUKAN berbasikal lasak atau dikenali sebagai BMX menjadi antara cabang yang memacu semangat generasi muda di negara ini.

Mana tidaknya, kanak-kanak seusia 11 tahun juga mampu membuktikan kemampuan dan keupayaan dalam sukan itu.

Tampak comel di luaran, namun siapa sangka Wan Ayden Faiq Wan Azizul Fitri sebenarnya merupakan jaguh cilik sukan BMX yang berbakat.

BACA LAGI: [VIDEO] Tengah syok mandi air banjir, budak lelaki hanyut dibawa arus deras di Sanggar

BACA LAGI: Bantuan STR Fasa 1 disalur mulai Rabu kepada hampir 9 juta penerima

6080362824623834390

Ayden BamBam (kiri) bersama rakan seperjuangannya, Sofea (kanan).

Menjadikan bapanya sebagai figura utama, Wan Ayden atau lebih dikenali sebagai Ayden BamBam mula menunjukkan minat selepas melihat aksi beberapa pemain basikal beberapa tahun lalu.

Ketika umurnya empat tahun, dia diberikan peluang untuk belajar mengimbangkan basikal sebagai langkah awal.

"Saya tengok ayah main dan terkejut kenapa berpusing-pusing ini.

"Kemudian, ayah suruh saya imbangkan badan dan basikal dahulu. Selepas dapat kawal basikal, baru dia ajar trik yang lebih mencabar.

"Mula-mula nampak mudah, tetapi bila cuba sendiri, baru saya tahu susah sangat," katanya kepada Majoriti.

6080362824623834389

Wan Azizul (kiri) bersama Katun (tengah) yang melatih anak-anak muda dalam sukan lasak BMX Freestyle Flatland.

Ayden juga mengakui bahawa dia kerap jatuh dan cedera ketika berlatih.

Antara kemalangan yang tidak pernah dilupakannya adalah apabila kakinya tersangkut pada pedal basikal ketika asyik melakukan aksi.

Pun begitu, semangatnya untuk berjaya tidak pernah luntur.

"Sakit memang sakit, tapi bila jatuh, saya rasa macam nak cuba lagi. Macam ada satu cabaran yang tak boleh saya biarkan," katanya penuh semangat.

Sejak daripada itu, Ayden nekad mempelajari pelbagai aksi bermula daripada asas seperti mengangkat tayar hadapan sehingga yang lebih kompleks seperti spinning.

6080362824623834391

Komuniti BMX yang mengangkat bakat anak-anak muda di Malaysia.

Kesemua usahanya jugta dilakukan dengan sokongan penuh bapanya, Wan Azizul Fitri serta jurulatih profesional, Katun Aszeril atau nama sebenarnya Mohd Nor Aszeril Mohd Nor yang merupakan bekas atlet BMX Flatland Malaysia.

"Bila saya dapat kalahkan ayah buat, dia terus hantar saya belajar dengan jurulatih saya. Dari situ, saya tahu dia serius nak tengok saya berjaya dalam BMX," ujarnya.

Dedikasinya bahkan tidak sia-sia dan membuahkan hasil apabila dia berjaya merangkul juara dalam pertandingan BMX di Malaysia pada 2023.

"Tahun ni (2024) nombor tiga, tapi tak mengapa. Saya dah belajar banyak benda baharu.

"Yang penting, saya rasa dah semakin dekat dengan impian nak bertanding di luar negara," jelasnya.

Ketika ditanya tentang idola BMX-nya, Ayden menjawab tanpa ragu bahawa atlet BMX dari Perancis, Matthias Dandois menjadi panduannya.

Ayden juga percaya bahawa BMX bukan sekadar sukan, tetapi satu seni yang memerlukan kreativiti, ketekunan, dan keberanian.

Baginya, sokongan daripada komuniti dan pihak kerajaan sangat penting untuk membangunkan sukan itu di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram