BUDAYA menulis dan menconteng pada baju sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dilihat semakin membimbangkan.
Ia selepas tularnya beberapa gambar baju sekolah yang dipenuhi dengan perkataan serta gambar lucah di media sosial.
Tindakan itu sekali gus menggambarkan mentaliti dan budaya tidak sihat yang diterapkan terhadap golongan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Selamba seret besi, 'rider' bawa muatan berat bahayakan pengguna jalan raya di Sarawak
BACA LAGI: Terjemah imaginasi kepada realiti, pesara jadikan diorama aktiviti 'healing' tempuhi cabaran hidup
Tindakan menconteng baju sekolah yang dianggap sebagai budaya tidak sihat dalam kalangan remaja. — Facebook
Justeru, rata-rata warganet menggesa agar budaya itu dapat dihentikan agar tidak diamalkan sehingga ke generasi akan datang.
Mengulas lanjut, pengguna akaun Facebook Azizul Bin Mokhtar beranggapan bahawa ia seharusnya diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib seperti guru dan ibu bapa.
"Budaya menulis di baju selepas habis peperiksaan atau habis sekolah bagi menitipkan kenangan tu ada baik dan ada tidak baiknya.
"Kadang-kadang bukan ada benda baik pun. Kadang-kadang ada yang tulis perkataan mencarut.
"Baju juga bukan tempat menulis. Dahlah baju itu warna putih. Habis hodoh kesucian baju tu. Putih lambang bersih. Sebersih hatimu.
"Perkara baik dan tak baik orang akan ikut termasuk menulis di baju. Nanti orang lain ingat wajib kena conteng baju lepas habis peperiksaan atau habis sekolah," katanya.
"Nak lukis ke apa fikirlah mak ayah susah cari duit nak beli uniform sekolah anak.
"Baju itu boleh simpan bagi adik-adik pakai. Kalau tak ada adik boleh sedekah pada keluarga yang susah," komen Langkawi Ltem.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap bahawa menconteng baju sekolah adalah perbuatan keterlaluan dan biadab.
"Maaf cakap, conteng baju ini pada saya sangat biadap. Saya tak boleh terima dan sepanjang zaman persekolahan tak pernah buat.
"Habis SPM kami masih buka dan belek-belek kertas soalan sambil sembang dengan kawan. Rasa risau kalau gagal," tambah Aida Kamaruddin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram