PEMAIN Johor Darul Takzim (JDT) dan skuad kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor, berkongsi berita duka mengenai pemergian anak perempuannya yang meninggal dunia pada Sabtu.
Difahamkan anak kedua pemain tersebut, Maira Maliyqa meninggal dunia pada pukul 10.55 pagi.
Perkhabaran sedih itu disampaikan oleh Nazmi Faiz menerusi hantaran di InstaStory akaun Instagram rasminya.
BACA LAGI : Kecederaan Feroz buka peluang 3 bek sendu JDT buat 'tebus' masa depan
Tangkap layar InstaStory laman Instagram Nazmi Faiz yang memaklumkan kematian anaknya.
Setakat ini, punca kematian anak keduanya itu belum didedahkan.
Berita tersebut juga telah mengundang simpati dan sokongan yang melimpah buat keluarga Nazmi Faiz dalam tempoh sukar ini.
Di laman media sosial beberapa penyokong sukan bola sepak negara turut menyampaikan ucapan simpati serta doa kepada keluarga pemain berusia 30 tahun itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram