
PERSIAPAN Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) diteruskan dengan aksi persahabatan bagi memastikan setiap pemain berada dalam tahap kecergasan terbaik.
Berdasarkan perkongsian di laman media sosial kelab, pasukan futsal itu memilih Negeri Sembilan United sebagai pihak lawan dengan harapan setiap nama yang diturunkan dapat kembali ke momentum seperti musim lalu.
Sasaran itu tercapai apabila skuad bimbingan Juan Antonio Manuel Garcia mudah menundukkan lawan mereka dengan empat jaringan tanpa balas yang pasti menyuntik semangat buat pemain.
BACA LAGI: Bintang futsal negara tinggalkan Selangor selepas 6 tahun, JDT disebut-sebut destinasi baharu
BACA LAGI: Cemerlang ketika 'loan', tiba masanya JDT lepaskan terus 3 bintang 'terperam' termasuk Akhyar Rashid
Hampir kesemua tonggak musim lalu sudah melaporkan diri bersama JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Ini merupakan kemenangan kedua buat pasukan Selatan tanah air itu sepanjang kem persiapan pasukan kerana pada Rabu lalu, mereka turut menundukkan Selangor Tot United.
Dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur itu, JDT mudah mencatatkan kemenangan 5-1 dengan hampir kesemua daripada skuad musim lalu sudah hadir melaporkan diri masing-masing.
Namun, masih terdapat beberapa nama, termasuk Iwan Bakri yang memainkan peranan besar buat skuad Harimau Selatan musim lalu, tetapi belum berada dalam pasukan bagi kedua-dua aksi persahabatan itu.
Ketiadaannya sudah tentu menimbulkan persoalan sehingga ada penyokong beranggapan masing-masing akan berkelana sebelum kempen MPFL 2025 bermula dalam masa terdekat.
"Mana perginya pemain yang mengenakan gaya rambut mullet (Iwan Bakri) musim lalu itu?" soal Ahmal Amal.
Kelibat Iwan masih belum kelihatan setakat ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Bagi musim depan, Iwan Bakri tidak lagi bersama JDT ya?" soal Mike Zamry.
"Iwan Bakri sudah tidak lagi bersama pasukan futsal JDT kah?" soal Bikers Santai.
Musim lalu, pemain berusia 31 tahun itu merupakan antara watak penting ketika skuad Harimau Selatan menjuarai MPFL dan Piala Malaysia Futsal selepas mencetak 12 gol secara keseluruhan.
Catatan itu meletakkannya sebaris dengan Syahir Iqbal Khan dan Zainal Abidin Hamzah sebagai penjaring terbanyak dalam kategori pemain tempatan dengan masing-masing turut berada dalam skuad kebangsaan.
Sekiranya Iwan tidak berada dalam skuad Harimau Selatan musim depan, mereka memerlukan mesin gol baharu kerana setakat ini, JDT baru membawa masuk Syed Aizad Daniel yang merupakan pemain tengah yang turut dikenali sebagai ala. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram