SELANGOR FC berputih mata untuk membawa pulang kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini apabila berada enam mata di belakang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Meskipun beraksi dengan cemerlang, kekurangan masih dapat disaksikan dalam skuad bimbingan Edgar Baldasso itu, sekali gus memaksa kelab tersebut untuk membuat rombakan sebelum kempen Piala Malaysia Futsal bermula.
Namun, di sebalik harapan membawa masuk muka-muka baharu, skuad Gergasi Merah menerima tamparan hebat selepas kehilangan khidmat tonggak pasukan, Syed Aizad Daniel Syed Nasir.
BACA LAGI: Sudah ada nama, JDT nekad ‘sailang’ beberapa bintang Selangor jika berpeluang
BACA LAGI: 'On track' jadi raja futsal lepas tawan skuad kebangsaan, JDT kena label pasukan mi segera
Perkara tersebut disampaikan pemain itu sendiri dalam hantaran di Instagram peribadinya dengan dia sempat meluahkan rasa penghargaan terhadap Selangor FC yang mempercayai khidmatnya selepas sekian lama.
"Setelah enam tahun saya bersama pasukan futsal Selangor, dengan hati berat untuk membuat keputusan, saya tidak lagi menyambung perjalanan bersama skuad futsal Selangor untuk musim depan.
"Saya mahu ambik peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan futsal Selangor yang bersama saya menjalani setiap haru-biru sebagai pemain futsal," tulisnya.
Pemain yang beraksi sebagai flank (ala) di posisi tengah itu pernah meraih pelbagai kejuaraan sepanjang enam tahun di kelab Lembah Klang berkenaan, termasuk dua gelaran MPFL pada 2019 dan 2022.
JDT sememangnya menjadi destinasi impian pemain futsal sekitar tanah air. — Facebook/FAM
Selain beraksi buat Selangor FC, Syed Aizad juga merupakan antara pemain yang membarisi skuad kebangsaan ketika Kejuaraan Futsal ASEAN tahun lalu dengan pengalamannya amat berharga buat pasukan.
Meskipun tidak berkongsi destinasi pilihannya selepas ini, terdapat kemungkinan bintang futsal negara itu akan berkelana ke Johor JDT yang dilihat mula mencengkam sebagai kuasa sukan tersebut baru-baru ini.
Ini kerana sepanjang dua tahun lalu, kelab Selatan tanah air itu sudah membawa masuk beberapa pemain baharu yang membolehkan mereka menjulang MPFL dengan bergaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram