Terlepas ayam tambatan Napoli, Arsenal perlu tekan butang panik buru penyerang termasuk 'sailang' 2 sasaran Man United


  • Podium
  • Khamis, 16 Jan 2025

Viktor Gyokeres merupakan calon paling ideal sebagai penyerang baharu Arsenal. — Agensi

KRISIS di Arsenal terlihat dengan jelas yang mereka ketandusan naluri pemusnah di depan gol. Hasilnya, peluang yang banyak dicipita tidak berjaya diterjemah kepada bentuk gol.

Januari ini, Arsenal perlu menekan butang panik dalam usaha mencari penyerang. Jika gagal mendapatkan penyerang berkualiti, peluang mereka untuk merangkul kejuaraan pasti semakin mengecil.

Dengan usaha mendapatkan penyerang Napoli, Khvicha Kvaratskhelia semakin tertutup, Mikel Arteta harus menumpukan kepada nama-nama lain bagi menguatkan barisan serangan The Gunners.

BACA LAGI: Berjaya 'sailang' Liverpool, Arsenal ikat Martin Zubimendi

BACA LAGI: Legenda Man United tolak Liverpool juara EPL, sokong Arsenal rangkul trofi

Viktor Gyokeres

Ini mungkin merupakan sasaran idaman Arsenal, jika mereka berjaya mendapatkan Viktor Gyokeres, The Gunners dianggap berhasil memperoleh penyerang berkelas tinggi.

Gyokeres sangat mengagumkan bersama kelab semasanya iaitu Sporting Lisbon. Musim ini, Gyokeres sudah menghasilkan 32 jaringan dalam semua kejohanan domestik dan Eropah.

skysports-gyokeres-west-ham_6736548

Gyokeres merupakan penyerang paling berbisa di Eropah ketika ini. — Agensi

Naluri pemusnah Gyokeres itu adalah yang diperlukan oleh Arsenal. Bayangkan jika dia bersama-sama Arsenal sewaktu bertemu Manchester United pada aksi Piala FA Inggeris, setiap peluang yang dicipta pasti boleh diterjemah menjadi jaringan.

Pemain antarabangsa Sweden itu sebelum ini tidak berapa menjadi bersama-sama Brighton & Hove Albion di England. Jika Arteta berjaya berikan tunjuk ajar yang tetapi, Gyokeres mampu menjadi penggempur yang dicari Arsenal.

Dusan Vlahovic

Satu lagi nama yang sering dikaitkan dengan Arsenal adalah pemain Juventus iaitu Dusan Vlahovic.

Penyerang itu dikatakan berada dalam radar Arsenal selepas Vlahovic dilaporkan tidak bersetuju dengan kontrak baharu ditawarkan oleh Juventus kerana pemain itu akan menerima potongan gaji.

skysports-dusan-vlahovic-juventus_5682728

Vlahovic diburu tiga kelab EPL ketika ini. — Agensi

Disebabkan itu, Vlahovic bersedia untuk membawa diri ke England tetapi Arsenal perlu berdepan saingan daripada dua seteru iaitu Manchester United dan Chelsea yang dikatakan turut berminat.

Juventus meletakkan tanda harga setinggi £70 juta (RM396 juta) untuk pemain tersebut. Jika Arsenal serius mahukannya, mereka harus pecah tabung bagi membawa Vlahovic ke England.

Matheus Cunha

Satu lagi nama yang berpotensi dalam radar Arsenal adalah pemain Wolverhampton Wanderers, Matheus Cunha.

Pemain itu merupakan bintang Wolves musim ini dengan dia sudah menghasilkan 10 jaringan serta empat bantuan gol dalam aksi liga musim ini.

skysports-matheus-cunha-wolves_6778527

Cunha merupakan pemain bintang di Wolverhampton Wanderers. — Agensi

Walaupun beraksi sebagai penyerang, tetapi Cunha adalah seorang pemain yang versatil dengan dia turut boleh beraksi sebagai pemain sayap kiri dan kanan.

Namun begitu, Arsenal berdepan cabaran daripada United yang dikatakan turut memburunya untuk menggantikan Joshua Zirkzee. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram