Biarpun hilang khidmat 3 tonggak, pemain The Rhinos dipesan elak 'parking bus' bertemu JDT


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Walaupun kehilangan tiga tonggak utama, Sabah FC tetap tenang dan telah merangka pelan permainan yang kukuh untuk menghadapi cabaran Harimau Selatan. — Facebook/Sabahfc

PERSIAPAN Sabah FC terjejas selepas tiga tonggak utama tidak dapat beraksi menjelang pertemuan menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Martin Stano mendedahkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Borneo itu kehilangan kudrat Gabriel Peres, Telmo Castanheira dan Daniel Ting untuk berdepan anak-anak buah Hector Bidoglio.

Menurut rekod, Peres dikenakan penggantungan selepas menerima kad merah ketika berdepan Kuching City di Stadium Negeri, Sarawak pada 4 Disember lalu.

BACA LAGI: Manuel Ott optimis TFC muncul semifinalis, semakin padu bawah sentuhan bos no.1

BACA LAGI: Setanding dengan Ronaldo di ACLE, Persepolis sertai senarai 2 lagi kelab luar negara 'kejar' Arif Aiman

WhatsApp Image 2025-01-10 at 12.48.22

Daniel Ting antara tonggak utama Sabah yang terlepas aksi penting bertemu skuad Harimau Selatan. — Facebook/Sabahfc

Telmo dan Ting pula dikenakan penggantungan automatik selepas masing-masing mengumpul tiga kad kuning dalam perlawanan sebelum ini.

Oleh itu, menjelang aksi yang penuh mendebarkan di SSI itu, ramai penyokong Sang Badak memberi pesanan ringkas agar skuad kendalian Stano itu tidak bermain secara bertahan.

Menurut mereka, pendekatan 'parking bus' tidak akan membantu pasukan dan dilihat lebih memakan diri sekiranya pihak lawan melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu sendiri.

"Diharap coach Stano tidak menggunakan taktik bertahan saja dan menyerang sekiranya ada oeluang. Taktik bertahan amat memenatkan pemain dan besar kemungkinan tidak dapat bertahan sekiranya JDT menyerang bertubi-tubi.

"Barisan penyerang Sabah FC perlu memberi bantuan lebih kepada bahagian pertahanan bila JDT menyerang, kalau seri pun akan jadi pendorong yang positif," kata Conz W Dabbie.

"Cuma nak pesan, jangan cuba-cuba parking bus lawan JDT ya, nanti makan diri sekiranya JDT melakukan serangan balas," kata Remy Azim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram