TONGGAK Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki sedar kerja keras yang perlu dilakukannya untuk memastikan pasukan dapat meraih kemenangan pertama di laman sendiri menentang Sri Pahang FC, Jumaat nanti.
Selepas 15 aksi Liga Super setakat ini, skuad Jang masih belum meraih sebarang kemenangan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan mereka hanya menang sekali sahaja di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Julai lalu.
Justeru, pemain dari Jepun itu menganggap pencapaian yang lebih positif dapat diraih pasukannya untuk meraih mata apatah lagi dengan kedudukan mereka di tangga tercorot liga ketika ini, lapor MFL.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Pakai uniform pun masih dapat gulung', Perak Bison dipetik lamar killer 'pak guard'
Import skuad Jang, Takumi Sasaki (kanan). — Facebook/NSFC
Sasaki percaya dia dan rakan sepasukan telah melakukan persediaan yang lebih baik selain tidak gentar dengan ancaman yang bakal diberikan oleh anak buah Fandi Ahmad.
“Sudah pasti perlawanan itu sangat penting untuk kami dan saya sebenarnya memang tidak gembira dengan kedudukan kami di tangga tercorot sekarang.
“Apatah lagi kita masih belum menang sekali pun dekat laman sendiri dan apa pun, pasukan ini kena bangkit semula.
“Untuk diri sendiri, saya masih belum berpuas hati dan ini adalah musim pertama saya di Malaysia jadi masih banyak yang saya perlu belajar dan ingin membuktikan sesuatu di sini”, katanya.
Bercakap mengenai lawan mereka pada Jumaat ini, Sasaki menyifatkan Manuel Hidalgo dan Stefano Brundo antara pemain yang ada kualiti tersendiri dan boleh memberi masalah kepada Negeri Sembilan.
“Bagi saya, setiap pemain Pahang ada kehebatan mereka tersendiri dan corak permainan yang unik antara mereka.
“Terutamanya pemain sayap kanan mereka, Hidalgo dan pertahanan, Brundo sebab saya pernah tengok mereka bermain dan perlu dikawal rapi”, tambahnya.
Aksi Liga Super kembali pada minggu ini dengan satu lagi perlawanan turut berlangsung pada Jumaat ini iaitu aksi antara Kelantan Darul Naim FC dan Kedah Darul Aman FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram