KUALA Lumpur City FC berdepan cabaran besar untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Piala Shopee apabila turun tanpa dua tonggak utama mereka dalam pertemuan menentang Lion City Sailors pada Khamis.
Faktor kecederaan dan komitmen keluarga menyebabkan pemain tengah berpengalaman, Brendan Gan dan Jovan Motika terlepas aksi penting dalam pertembungan Kumpulan B itu.
Pengendalinya, Miroslav Kuljanac, mengakui pasukannya berdepan tugas berat berikutan kecederaan pemain dan terpaksa merancang strategi baru.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Pakai uniform pun masih dapat gulung', Perak Bison dipetik lamar killer 'pak guard'
BACA LAGI: Raih 3 mata di Likas atas bantuan senior, fans The Rhinos cabar kualiti 'ubi muda'
Faktor kecederaan punca Brendan Gan terlepas aksi penting bertemu wakil kelab Singapura. — Facebook/KLCity
Menurutnya, beberapa pemain simpanan dijangka akan tampil dalam perlawanan ketiga Kumpulan B menentang pasukan kuat dari Singapura itu.
“Kami datang ke Singapura untuk menang dan kami akan cari cara untuk mencuri mata. Sudah tentu, kami menghormati pasukan tuan rumah.
“Keprihatinan utama saya adalah keadaan beberapa pemain utama yang cedera. Ada juga yang tidak sepenuhnya cergas.
“Tidak mudah untuk bermain tanpa mereka, tetapi kami akan membuat beberapa penyesuaian dan berharap pasukan dapat menunjukkan prestasi yang baik dan mengejutkan mereka," kata jurulatih kelahiran Croatia itu.
Penyerang muda Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli jadi sandaran jumpa Lion City Sailors. — Facebook/KLCity
Kuala Lumpur mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan pertama mereka dengan menewaskan Borneo Samarinda dari Indonesia dan pasukan Kaya FC dari Filipina, masing-masing dengan keputusan 1-0, untuk mengumpul enam mata.
Meskipun kehilangan dua tonggak utama, pasukan Lembah Klang itu dijangka mempertaruhkan trio Harimau Malaya, Paulo Josue, Haqimi Azim Rosli, dan Declan Lambert untuk meruntuhkan kubu tuan rumah.
Sementara itu, Kapten The City Boys, Josue berkata, mereka tidak sabar untuk meneruskan kempen Kejohanan Kelab Asean selepas perlawanan terakhir pada September lalu.
“Setakat ini, semuanya baik, walaupun kami bermain kali terakhir sudah lama, pada bulan September.
“Kami mempunyai peluang yang baik untuk layak ke separuh akhir, kami ada enam mata dan kami mahu menang dalam perlawanan ini," ujarnya.
Kuala Lumpur kini berada di tempat kedua dalam kumpulan mereka dengan enam mata selepas dua perlawanan, sama mata dengan pendahulu CAHN dari Vietnam yang mendahului Kumpulan B berdasarkan perbezaan jaringan.
Lion City Sailors pula berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan. — The Star/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram