Pernah dicekik, dipukul ketika hamil, wanita di Johor Bahru dedah kisah jadi mangsa keganasan rumah tangga


  • Massa
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Teo menunjukkan beberapa kesan lebam di lengan akibat dipukul oleh suaminya sendiri beberapa bulan lalu. — The Star

SEORANG wanita di Johor Bahru, Johor tampil berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sebagai satu kesedaran buat masyarakat.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Teo, 33, mendedahkan bahawa suaminya mula bertindak agresif dengan memukulnya kira-kira dua tahun lalu ketika sedang hamil anak pertama mereka.

Menurut Teo, mereka sering bertengkar kerana suaminya kerap mengunjungi pusat hiburan pada waktu malam.

BACA LAGI: Mengenang 20 tahun tsunami Pulau Pinang, pegawai APM dedah kisah 'bayi ajaib' selamat walau dihanyut ombak

BACA LAGI: Didakwa jadi mangsa aniaya rakan sekerja, ibu minta tolong tuntut bela nasib 'anak syurga'

Katanya, beberapa bulan sebelum Teo melahirkan anak, satu pergaduhan besar berlaku dan ia merupakan detik pertama suaminya memukulnya.

Teo juga mendakwa suama memukulnya beberapa kali selama bertahun-tahun, malah pernah cuba mencekiknya ketika dia sedang hamil.

Tambahnya, perbalahan mereka juga berpunca daripada tabiat suaminya yang gemar bermain judi.

"Saya fikir dengan cara tinggal berasingan sejak September lalu dapat mengubah dirinya.

"Jadi, saya bersetuju untuk membenarkan dia melawat dua anak kami untuk meraikan Festival Solstis Musim Sejuk bersama-sama pada Ahad lepas.

"Bagaimanapun, dia tetap mengungkit masa lalu termasuk perselisihan faham antara ibu kami dan keadaan menjadi tegang kembali.

"Keadaan tidak terkawal. Dia menampar saya beberapa kali dan menolak saya ke dinding sehingga menyebabkan lebam di lengan dan belakang badan," katanya.

Tidak dapat menanggung kesakitan itu lagi, Teo mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa dan undang-undang mesti melindungi mangsa keganasan rumah tangga supaya mereka berani bersuara tentang penderitaan mereka.

"Sebagai ibu, kami juga bimbang tentang kebajikan anak-anak apabila kami dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan.

"Siapa yang akan membantu kami menjaga mereka?" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan Asisten Komisioner, Raub Selamat mengesahkan bahawa laporan polis sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan. — The Star/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram