PRESIDEN Russia, Vladimir Putin membuat permohonan maaf kepada Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev berhubung insiden pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan pada Rabu lalu.
Putin pada masa sama memberi ucapan takziah kepada kesemua keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera untuk segera pulih.
Putin dalam satu kenyataan di Kremlin berkata, pesawat Azerbaijan cuba mendarat di Grozny, Chechnya ketika kejadian.
Foto memaparkan kerosakan pada serpihan pesawat penumpang Azerbaijan Airlines yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan. — Agensi
"Namun, ia berlaku ketika sistem pertahanan udara Rusia bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine," katanya.
Sementara itu, pesawat jenis The Embraer (EMBR3.SA) terbang dari ibu kota Azerbaijan, Baku ke Grozny, di wilayah selatan Chechnya, Rusia yang terhempas mengorbankan 38 nyawa.
Penerbangan pesawat bernombor J2-8243 itu terhempas di bandar Aktau di Kazakhstan selepas ia terpaksa melakukan lencongan dari kawasan selatan Rusia yang mana Moscow berulang kali menggunakan sistem pertahanan udara bagi menangai serangan dron Ukraine.
Pada awalnya, pemerhati penerbangan Rusia mendakwa lencongan itu berlau kerana pesawat berkenaan terjejas selepas terkena burung.
Kes tersebut juga dilaporkan masih dalam siasatan untuk mencari punca sebenar kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram