WISMA Putra memaklumkan belum ada pengesahan sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan pada Sabtu.
Kementerian Luar berkata, pihaknya mengambil maklum insiden tragis yang berlaku itu.
"Kedutaan kami di Seoul, Korea sedang mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau keadaan.
"Tiada lagi pengesahan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.
"Doa kami bersama keluarga dan orang tersayang mangsa Waktu sukar ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Setakat ini, media antarabangsa melaporkan seramai 47 orang maut dalam kejadian sama.
Pihak berkuasa lapangan terbang terlibat berkata, pesawat gagal mengurangkan kelajuannya Ketika tiba di landasan sehingga menyebabkannya terbabas dan merempuh struktur binaan di lokasi kejadian.
Tambahnya, kemalangan itu berpunca daripada kerosakan pada gear ketika mendarat.
Penerbangan Jeju Air 7C 2216 dari Bangkok, Thailand itu membawa seramai 175 penumpang dan enam anak kapal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram