PERSEMBAHAN konsert kumpulan A.C.A.B yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dihentikan seketika setelah pemain dramnya, Zul Fitry rebah tiba-tiba ketika kumpulan muzik itu sedang melakukan persembahan pada Sabtu.
Insiden itu juga turut dirakam puluhan peminat kumpulan skinhead tersebut dan mula tular di laman media sosial.
Melalui video yang dikongsikan itu, Zul dilihat tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika beberapa minit terawal konsert A.C.A.B 30th Final Concert.
BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia
Kru produksi juga dilihat segera memberikan bantuan sebelum seorang petugas naik ke pentas bagi memaklumkan konsert perlu dihentikan seketika.
Difahamkan Zul kemudiannya dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, penyanyinya, Megat Hafiz Mohammad atau lebih dikenali sebagai Megat berkata, Zul dipercayai terkena serangan jantung.
Megat turut memaklumkan Zul telah dibawa ke hospital dengan ambulans yang berada di lokasi konsert itu berlangsung.
Konsert disambung semula kira-kira 20 minit kemudian dan posisi dram digantikan dengan Irfan.
Konsert A.C.A.B itu merupakan persembahan mega terakhir band yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1994 sebelum dibubarkan.
A.C.A.B antara kumpulan skinhead dan Oi! yang terawal di negara ini dengan gaya tersendiri bahkan lagu mereka, Skinhead 4life dimainkan beberapa kumpulan dari Eropah dan Amerika Latin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram