Jangan asyik salahkan orang lain, beri nombor akaun atau kod QR kepada cikgu antara solusi ibu bapa lupa beri duit belanja anak sekolah


  • Massa
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Antara senario ibu bapa apabila terlupa memberi wang belanja sekolah pada anak-anak mereka.

KESIBUKAN bekerja atau menguruskan keluarga tanpa disengajakan boleh menyebabkan ibu bapa terlupa untuk menyediakan wang belanja sekolah anak-anak mereka.

Situasi itu sekali gus berkemungkinan mendesak ibu bapa untuk mendapatkan bantuan daripada guru-guru di sekolah.

Melihat beberapa senario-senario dimuat naik di media sosial, ada juga di kalangan ibu bapa yang meletakkan kesalahan pada guru apabila tidak dapat membantu meminjamkan duit belanja buat anak mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Imej lelaki ‘terapung’ atas langit dirakam pengunjung pantai di Sulawesi, ahli astronomi Indonesia percaya bukan satelit

BACA LAGI: Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia

"Pernah sekali betul-betul lupa nak bagi anak duit belanja. Mesej cikgu untuk pinjamkan duit nanti esoknya saya suruh anak bayar balik.

"Tapi, jawapan cikgu 'minta maaf, saya pun tak ada duit kecil'," tulis seorang pengguna akaun Thread.

Namun, ada juga segelintir warga maya yang beranggapan bahawa ia bukanlah kesilapan daripada pihak guru, sebaliknya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian sesuai.

Mengulas lanjut, pengguna akaun X @localrkyt mencadangkan agar ibu bapa yang berdepan dengan situasi sama boleh menghantar nombor akaun atau kod QR bank untuk menyalurkan wang belanja anak menerusi guru di sekolah.

"Kasihan jadi cikgu, selalu disalahkan. Mudah sahaja, WhatsApp guru kelas dan beri kod QR atau nombor akaun bank," tulisnya.

Rata-ratanya juga bersetuju dengan cadangan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Suami saya pernah cerita ada anak muridnya cakap tertinggal duit belanja, selepas itu suami bagi duit.

"Esoknya dia cakap perkara sama dan suami terus menerus bagi duit. Pandai dia ambil kesempatan," kongsi @ainnurwana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram