WARGANET dikejutkan dengan penampakan menyerupai susuk tubuh manusia dalam bentuk bayangan hitam di langit Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, penampakan itu jelas dilihat ketika matahari terbenam di sebuah kawasan pantai.
Fenomena itu sekali gus menimbulkan kebimbangan dan persoalan terhadap orang ramai.
BACA LAGI: Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia
BACA LAGI: Pengguna TikTok hina Agong, PM Anwar dibebas dengan jaminan polis
Terdapat juga pelbagai andaian termasuk ada yang beranggapan bahawa susuk itu adalah pantulan satelit.
Mengulas lanjut, ahli astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo menjelaskan bahawa fenomena bayangan hitam itu bukanlah satelit.
"Tidak ada satelit buatan yang dapat dilihat pada siang hari walaupun sebesar stesen angkasa antarabangsa (ISS)," jelasnya.
Marufin berkata, ia tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri atau bentuk satelit yang sepatutnya iaitu berdiameter lebih 2 kilometer (km) dan mengorbit pada ketinggian 350km dari aras laut.
Marufin pada masa sama menganggap bahawa bayangan hitam itu berkemungkinan terjadi disebabkan sinar krepuskular iaitu cahaya pada waktu senja.
Fajar krepuskular adalah cahaya dari matahari pada ketinggian yang sangat rendah, sama ada kerana ia baru terbit atau sebelum matahari terbenam dan mengenai objek menegak (biasanya awan).
Fenomena itu secara tidak langsung menyebabkan sedikit cahaya matahari terhalang dan mewujudkan zon bayangan (kawasan dimmer).
"Dalam kes ini, cahaya krepuskular sangat kecil kerana awan menegak agak kecil atau sebaliknya agak jauh dari kedudukan pemerhati," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram