Terlalu lama diperam, fans harap Katsuhito Kinoshi bangkit bantu import Ghana debut ACL2 bersama Gergasi Merah


  • Podium
  • Khamis, 28 Nov 2024

Agyarkwa ditimpa kecederaan ketika aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim yang menyaksikan Selangor tewas 1-6. — Facebook/SelangorFC

PENGENDALI baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi perlu memberi persembahan yang baik dalam aksi menentang Muangthong United pada Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) Kumpulan H di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), di Kelana Jaya, Selangor pada Khamis.

Perlawanan menentang kelab Thailand tersebut akan menjadi tugasan pertama pengendali kelahiran Tokyo, Jepun berkenaan bersama Gergasi Merah sejak tiba di tanah air pada Isnin lepas.

Ia misi sukar buat pengendali berusia 60 tahun itu kerana aksi timbal balik menentang Muangthong United adalah perlawanan hidup mati Gergasi Merah untuk layak ke pusingan ke-16 dalam saingan ACL2 selepas tujuh tahun tidak beraksi di Asia.

BACA LAGI:[VIDEO] Perlu perbaiki sistem serangan Persis Solo, Ong Kim Swee wajar 'reunion' bersama 3 bekas import Sabah FC

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan TMJ 'loan' 3 import tepat, prestasi semasa jadi ukuran 'booking' slot di JDT

Walapun di atas kertas Selangor dilihat mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri, perlu diingat bahawa Muangthong United juga menewaskan Cebu FC dengan keputusan 9-2 di Filipina pada 7 November lalu.

Justeru itu, Kinoshi wajar melakukan persiapan rapi untuk memastikan Gergasi Merah berhasil melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Antara cadangan penyokong untuk membantu Selangor adalah menurunkan Alex Agyarkwa.

Agyarkwa yang dilihat masih tidak merekodkan perlawanan pertama dalam saingan ACL2 diharap menjadi kesebelasan utama Kinoshi lagi-lagi selepas import kelahiran Ghana itu menjadi watak utama dalam saingan Piala MFL.

"Alex dah boleh diturunkan perlawanan lawan Muangthong untuk kawal bahagian tengah. Kita nak tiga mata penting dan layak ke peringkat seterusnya," kata penyokong Gergasi Merah, Nxzrin Ammamiya.

"Alex itu dah boleh pakai untuk ACL2, dah lama tak main dengan skuad utama," jelas penyokong Selangor, Itzmefaiz_a.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan sewaktu perlawanan akhir Piala FA, pemain tengah itu dilihat sudah kembali cergas sepenuhnya selepas banyak beraksi dalam perlawanan Piala MFL.

Pemain import tersebut musim ini baru merekodkan tiga penampilan Liga Super bersama Gergasi Merah, yang disifatkan satu kerugian tidak menurunkan tonggak berkualiti seperti Agyarkwa.

Kehadirannya ke skuad utama Selangor boleh memberikan suntikan semangat kepada barisan tengah yang memerlukan pemain bersifat bertahan sepertinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram