SIDANG Parlimen New Zealand digantung seketika pada Khamis selepas ahli Parlimen daripada suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka bertujuan mengganggu undian terhadap Rang Undang-Undang kontroversi, yang akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan orang asli Maori.
Perjanjian Waitangi pertama kali ditandatangani pada 1840 melibatkan pemerintahan diraja British dan lebih daripada 500 ketua Maori, yang menetapkan cara bagaimana kedua-dua pihak bersetuju untuk memerintah.
Tafsiran klausa dalam dokumen tersebut masih membimbing penggubalan undang-undang dan dasar sehingga kini.
BACA LAGI: STL 2024: Tiga import Thailand 'padu' berjaya curi perhatian penyokong
BACA LAGI: [VIDEO] Kejohanan 7s Asia: Ekor panas hati bintang Filipina 'tackle' legenda Harimau Malaya
Meanwhile, New Zealand's Parliament: pic.twitter.com/ocgP7H62ia
— End Wokeness (@EndWokeness) November 14, 2024
Keputusan mahkamah dan tribunal Maori yang berasingan telah secara beransur-ansur memperluas hak dan keistimewaan Maori selama beberapa dekad.
Bagaimanapun ada segelintir yang berpandangan bahawa iatelah mendiskriminasi warga bukan pribumi.
Parti ACT New Zealand, rakan kongsi muda dalam kerajaan gabungan pusat kanan yang memerintah, minggu lalu mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tafsiran yang lebih terhad terhadap Perjanjian Waitangi dalam undang-undang.
Ketika ahli Parlimen berkumpul untuk undian awal rang undang-undang itu pada Khamis, Ahli Parlimen Te Pati Maori berdiri dan memulakan tarian haka, iaitu tarian tradisional Maori yang terkenal melalui pasukan ragbi New Zealand.
Susulan itu, sidang Parlimen digantung seketika apabila orang ramai di galeri turut menyertai tarian tersebut, selain jeritan turut memenuhi dewan sehingga menenggelamkan suara yang lain.
Pemimpin ACT New Zealand, David Seymour berkata, mereka yang menentang rang undang-undang itu mahu 'mencetuskan' ketakutan dan perpecahan.
“Misi saya adalah untuk memperkasakan setiap individu,” katanya.
Namun, sebilangan besar kaum Maori melihat undang-undang itu sebagai kontroversi.
Malah, penyokong mereka menganggap tindakan itu menjejaskan hak Orang Asli negara tersebut, yang membentuk kira-kira 20 peratus daripada populasi 5.3 juta.
Walaupun rang undang-undang itu telah meluluskan bacaan pertamanya, ia tidak mungkin mendapat sokongan yang mencukupi untuk diluluskan menjadi undang-undang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram