Cipta kejutan kalahkan KL Thunder, persembahan tekong Siam buat fans Perak Bison puji melambung


  • Podium
  • Khamis, 31 Okt 2024

Kritsada mempamer persembahan cemerlang semasa menewaskan KL Thunder.

KETEGUHAN Kuala Lumpur Thunder sebagai pendahulu Sepak Takraw League (STL) goyah apabila rekod cemerlang mereka dicalarkan oleh Perak Bison.

Bertemu di GP Johor pada Khamis, Perak berjaya meraih kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan C dengan menewaskan KL Thunder dalam pertarungan tiga set, 15-6, 8-15, 15-10.

Kemenangan itu membolehkan Perak dan KL Thunder mara ke pusingan seterusnya sambil menyingkirkan Terengganu Turtles.

BACA LAGI: Misi sukar menanti Perak Bisons, fans masih belum puas hati kualiti pengadilan

BACA LAGI: Misi balas dendam terlunas, Perak Bison lega Aidil kembali cuma masih ada ruang perlu diperbaiki

Dalam pertarungan sengit itu, kedua-dua pasukan mempamer persembahan yang baik dengan untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Tetapi, persembahan daripada tekong Perak, Kritsada Sungvung berjaya membuatkan KL Thunder akhirnya tunduk dan mencatatkan kekalahan kedua mereka musim ini.

Persembahan baik terutamanya ketika servis oleh Kritsada begitu membantu Perak terutamanya di set penentuan bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Bagi penyokong, mereka amat berpuas hati dengan persembahan Kritsada kerana berjaya membantu Perak mengalahkan KL Thunder.

"ALHAMDULILLAH tahniah Perak Bison, rezeki atas usaha pemain itu sendiri. KL Thunder boleh saja ditewaskan dengan permainan baik tekong Kritsada. Break ball pun baik, semua pemain menunjukkan permainan berkualiti hari ini (Khamis)," kata penyokong bernama Hafizal Abi.

"Nasib baik ada Kritsada yang sering dikecam dulu oleh penyokong Perak. Kalau tidak mesti bungkus tepi," ujar Hasbulla Magomedov.

"Tak sia-sia tengok perlawanan ni, walaupun harapan untuk menang itu amat tipis. Terima kasih kepada Kritsada yang bagi servis 'jahat'," komen Syaiful Anuwar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram