NAMA bintang muda Selangor Pistons, Ariff Daniel Mohammad Aripin berjaya mencuri tumpuan peminat sepak takraw apabila disebut-sebut sebagai pengganti perejam berbisa negara, Azlan Alias.
Ia berikutan selepas Azlan Alias dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dalam perlawanan pertama saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor yang sudah membuka tirainya pada Selasa.
Berlangsung di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor, Azlan yang mewakili pasukan Kuala Lumpur Thunder itu menampilkan aksi yang penuh cemerlang.
BACA LAGI: [VIDEO] Menang besar bertemu Sang Kenari tapi fans mahu Kim Swee rehatkan bintang muda The Rhinos
BACA LAGI: Selangor tak pandang jurang besar Liga Super 'standing' JDT
Azlan yang cemerlang beraksi di posisi apit kanan itu berjaya membantu pasukannya meraih kemenangan pertama dalam perlawanan bertemu Terengganu Turtles dalam Kumpulan C.
KL Thunder berjaya menundukkan pasukan Pantai Timur itu dengan keputusan 15-13, 13-15, 15-10.
Dengan prestasi cemerlang yang sentiasa ditampilkan oleh Azlan tidak kira ketika mewakili pasukan STL atau negara, ramai pula penyokong meluahkan kebimbangan sekiranya tiada pelapis tanah air pada masa akan datang.
Perejam Selangor Pistons, Ariff Daniel. — Facebook/STL
Bagaimanapun, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong menyuarakan pandangan mereka bahawa bintang muda Selangor Pistons memiliki potensi untuk beraksi sebagai apit kanan.
"Ariff Daniel ada potensi ganti Azlan, lipat maniam, gulung dan blocking bagus, kena tingkatkan psikologi dan kebijaksanaan seperti Azlan saja," kata Mohamad Zaid.
"Killer Selangor Pistons ada potensi untuk beraksi sebagai killer cuma mental kena kuat macam Azlan," kata Muhd Ammar.
"Pemain muda Selangor Pistons ada potensi untuk ganti Azlan main dengan Malaysia nanti," kata Ashraf.
Beraksi bersama pasukan Lembah Klang itu, Ariff Daniel antara watak penting membantu Selangor Pistons meraih tempat ketiga GP Selangor September lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram