Vinicius Jr percaya melawan isu perkauman punca terlepas trofi Ballon d'Or


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Vinicius percaya kegagalan meraih Ballon d'Or adalah disebabkan perjuangannya menentang isu perkauman.

PEMAIN Real Madrid, Vinicius Jr berpendapat kegagalannya memenangi trofi Ballon d'Or adalah disebabkan tindakannya yang sering menetang isu perkauman.

Bintang Brazil itu beberapa kali terlibat dalam isu berkaitan perkauman semasa masanya di Sepanyol terutamanya selepas menjadi bintang utama Los Blancos.

Namun begitu, ia tidak menghalang Vinicius untuk terus berjuang melawan isu perkauman dalam bola sepak seandainya trofi Ballon d'Or tidak menjadi miliknya.

BACA LAGI: Dianggap calon Ballon d’Or berbanding Rodri, fans Barcelona diam-diam 'chant' Vinicius Junior

BACA LAGI: [VIDEO] Vinicius Jr menangis depan media lepas ditanya 3 soalan

Soccer Football - LaLiga - Valencia v Real Madrid - Mestalla, Valencia, Spain - May 21, 2023 Real Madrid's Vinicius Junior reacts as Valencia's Javi Guerra attempts to talk to him REUTERS/Pablo Morano

Vinicius (kiri) berada di tempat kedua dalam senarai pemenang Ballon d'Or.

"Saya akan lakukannya untuk 10 kali lagi, mereka tidak bersedia," tulis Vinicius di laman X (Twitter) miliknya.

Merujuk kepada penulisan itu, pengurusan pemain itu mengatakan ia merujuk kepada semangat Vinicius untuk terus melawan isu perkauman dalam bola sepak sekali gus menjadi punca kenapa dia tidak memenangi anugerah itu.

Malah, pengurusan pemain itu berkata, dunia bola sepak tidak bersedia untuk menerima pemain yang menentang sistem sedia ada.

Oleh disebabkan itu, tiada satu pun wakil Real Madrid hadir ke majlis penyerahan trofi Ballon d'Or yang diadakan pada Isnin.

Screenshot 2024-10-29 110616

Tangkap layar siaran Vinicius di laman X miliknya.

Mereka memboikot majlis tersebut selepas mendapati Vinicius tidak meraih trofi tersebut selepas ia dimenangi oleh pemain Manchester City dan Sepanyol iaitu Rodri.

Vinicius meraih tempat kedua dengan Jude Bellingham di kedudukan ketiga. Selain itu, Dani Carvajal meraih tempat keempat serta legenda kelab, Toni Kroos berada di tangga kesembilan senarai pemenang.

Los Blancos tetap diangkat sebagai pemenang dengan Real Madrid diiktiraf sebagai kelab terbaik kategori lelaki, Carlo Ancelotti sebagai pengurus terbaik kategori lelaki dan Kylian Mbappe berkongsi gelaran Trofi Gerd Muller bersama Harry Kane selepas masing-masing menjaringkan 52 gol dalam semua kejohanan musim lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram