Perak FC sudah jumpa keluarga, YCL bakal terima prospek hangat skuad Piala Presiden


  • Podium
  • Isnin, 28 Okt 2024

Moses membantu skuad muda TBG menghuni tangga keempat dengan merekodkan 23 mata. — Facebook/PerakFC

KEJOHANAN Piala Presiden merupakan satu alternatif untuk menambah baik kualiti kualiti pemain Bawah 21 tahun (B-21) dengan ia juga bertujuan mencari bakat-bakat berpotensi untuk mewakili pasukan senior Malaysia.

Kejohanan Piala Presiden 2024 musim ini menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengungguli Kumpulan A dengan mengutip 36 mata selepas 14 perlawanan dan Selangor FC pula berhasil merekodkan 38 mata untuk mendahului Kumpulan B.

Jika dilihat carta kedudukan, para pemain Harimau Selatan dan Gergasi Merah pasti yang akan mencuri perhatian lebih dan prospek dari kedua pasukan itu dijangka akan menghiasi saingan Liga Super nanti.

BACA LAGI: Belum cukup genius, 5 tip buat Ifedayo-Moses jika mahu kekal pikat hati fans Sang Kenari sampai bila-bila

BACA LAGI: Setia sampai hujung musim, 3 coach ketepikan sentimen isu gaji demi kelab tercinta

Selain pemain dari kem JDT dan Selangor, seorang 'ubi muda' Piala Presiden Perak juga mendapat sorotan daripada penyokong selepas kualitinya dilihat boleh beraksi di peringkat lebih tinggi.

Pemain yang dimaksudkan ialah tonggak pertahanan Perak FC III iaitu M. Moses Raj. Bek muda tersebut membantu skuad muda The Bos Gaurus (TBG) menghuni tangga keempat dengan merekodkan 23 mata.

Susulan aksi konsistennya itu, pihak pengurusan Perak FC difahamkan telah berjumpa dengan keluarga pemain tersebut untuk mendapat kebenaran agar Moses kekal menyarung jersi pasukan Seladang.

WhatsApp Image 2024-10-28 at 17.51.49

Moses (tengah) beraksi bersama skuad Piala Presiden Perak. — Facebook/Perak FC

"Semalam aku ada bertanyakan berkenaan susuk tubuh seperti di dalam gambar ini, Moses Raj. Pemain tulang belakang untuk skuad Piala Presiden Perak FC tahun ini. Jawapan Mr Neow (Neow Choo Seong) Perak FC sedang merangka perkembangan bakat Perak FC ini.

"Perak FC sudah berjumpa dengan keluarga beliau untuk Moses Raj terus kekal bersama Perak FC. Dia juga akan bersama skuad Perak 2 musim depan dan jika permainannya menarik, mungkin akan masuk ke skuad utama.

"Semoga Perak FC terus berusaha mendapatkan bakat-bakat hebat anak Perak. Cuba masuk ke Chenderiang ke atau Gerik. Mana tahu ada budak-budak Orang Asli yang sedap (pandai) mainnya," kongsi laman Facebook penyokong Perak, Silverstates Supporters Fan Club.

isi dalam dalam

Moses antara prospek Piala Presiden yang hangat diperkatakan. — Facebook/PerakFC

Untuk rekod, Moses merupakan tulang belakang pasukan bimbingan jurulatih, Shahril Nizam Khalil selepas dia berhasil membantu Perak mara ke peringkat suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

Di peringkat kumpulan SUKMA 2024, kualiti bertanan bek tengah itu berhasil membantu skuad Seladang mengungguli Kumpulan D dengan tujuh mata, tanpa melepaskan satu gol dalam tiga perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram