MAJLIS perkahwinan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah dengan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung dengan penuh istiadat.
Pasangan sejoli yang selamat diijab kabulkan pada Khamis di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang itu juga menarik perhatian rakyat jelata.
Lebih menariknya apabila kedua-dua mempelai itu dilihat sungguh sopan dan beradab sepanjang majlis berlangsung.
BACA LAGI: [VIDEO] Sama cantik, sama padan, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya selamat diijab kabul
Turut memukau pandangan ramai apabila melihat pengantin itu mengambil makanan sendiri di majlisnya tanpa bantuan pembantu majlis.
Tindakan tersebut secara tidak langsung dijadikan sebagai contoh baik dan peringatan kepada masyarakat lain untuk lebih mementingkan adat dan adab.
"Anak raja pun ambil makanan sendiri. kita baru jadi raja sehari, nak orang hidang siap dengan udang panjat, cantik sangat warna baju pengantin," tulis @bckupacc99.
Pada Jumaat, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan majlis berinai sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda, Tengku Muhammad Iskandar dan pasangan pada Jumaat.
Majlis yang diadakan di Dewan Temenggung dimulai dengan meraikan pengantin perempuan diiringi dua pengapit yang juga kekandanya masuk ke ruang dewan.
Kedua-dua pengantin itu mengenakan berbusana biru muda sekali gus menaikkan lagi seri wajah yang manis dan berseri-seri sepanjang majlis yang berlangsung kira-kira lebih sejam.
Istiadat iitu kemudiannya ditutup dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim dengan iringan gamelan bersama 16 jejawat yang menjaga barang istiadat.
Sementara itu, Istiadat Persandingan dijadualkan akan berlangsung di Istana Abdulaziz pukul 8 malam pada Ahad ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram