MPKj tambah 17 lagi lokasi kutipan caj parkir babit 3,206 tempat letak kereta


  • Massa
  • Rabu, 23 Okt 2024

Sebanyak 3,206 tempat letak kereta terlibat dalam inisiatif tersebut. — Gambar hiasan

MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) akan mula mengutip caj parkir di 17 lagi lokasi di tiga zon bermula 1 November depan.

Zon Kajang yang terlibat termasuk Jalan Berjaya Baru 1, Jalan KLLN 3, Lorong Kajang Raya 1, Jalan Jelita 1, Jalan Zamrud 1, kawasan komersial Taman Putra Kajang, kawasan komersial TTDI Grove (barat) dan kawasan komersial Ecohill Taipan di zon Semenyih.

Di zon Cheras pula, caj parkir akan dikenakan di Jalan Suarasa 8/2, 8/3, 8/4, 8/5 dan 8/7; Jalan Suadamai 1/2 dan 1/3; Jalan Suasana 2/7 dan 2/7A; dan Jalan Suakasih 1/2 dan 1/3 di Bandar Tun Hussein Onn; serta Jalan Damai Perdana 5/1 dan 5/1B di kawasan komersial Bandar Damai Perdana.

BACA LAGI: Nyawa di hujung tanduk, Dr Mohd Khir Rezza imbau semula pengalaman rawat tentera parah akibat letupan

BACA LAGI: Cabaran penebang pokok di musim tengkujuh, 14 tahun dalam lindungan ALLAH setinggi 50 meter dari atas tanah

MPKj dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 3,206 tempat letak kereta terlibat dalam inisiatif tersebut.

“Pemandu kenderaan di kawasan ini akan diberi sedikit kelonggaran dalam tempoh dua bulan akan datang untuk membiasakan diri dengan pelaksanaan bayaran parkir tersebut.

"Jumlah tempat letak kereta awam berbayar yang telah ditetapkan adalah di bawah bidang kuasa majlis dengan jumlah keseluruhan 25,380 petak," katanya.

23448269

Sebanyak 3,206 tempat letak kereta terlibat akan mengenakan bayaran mengikut harga yang ditetapkan.

Di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kenderaan) MPKj 2007, pemandu akan dikenakan bayaran 50 sen untuk sejam manakala pas bulanan berharga RM74.20.

Pada Selasa, Presiden MPKj, Nazli Md Taib memaklumkan bahawa langkah berkenaan bertujuan meningkatkan hasil bukan cukai pihak majlis.

“Majlis juga akan mempergiatkan usaha untuk memberi permit kepada kilang yang beroperasi tanpa lesen. Salah satu kawasan yang menjadi perhatian ialah kawasan perindustrian Semenyih yang dikesan terdapat banyak kilang tidak berlesen.

“Ada yang mendirikan struktur yang melanggar garis panduan. Saya akan memastikan mereka membetulkan perkara ini dan memberi kelulusan operasi mereka bagi memastikan kerja-kerja di kilang-kilang selamat dijalankan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram