SEMPENA ulang tahun ke-24 bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan 60 hamper kepada pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata bayi pada 10 Oktober lalu di empat buah hospital.
Hamper barangan bayi bernilai RM150 itu disampaikan kepada ibu bapa bayi yang baru dilahirkan di Hospital Shah Alam, Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Avisena, Hospital Pakar KPJ Selangor dan Hospital Umra.