Aktif kali terakhir berdepan New Zealand, 3 bekas bintang HM masih ligat dalam dunia bola sepak


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Sebahagian aksi ketika skuad kebangsaan (jersi kuning) berdepan cabaran New Zealand 18 tahun lalu.

SKUAD Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan New Zealand yang akan dijadualkan berlangsung di Stadium North Habour, New Zealand pada 14 Oktober nanti.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 0-1 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan sekali lagi tewas 1-2 pada perlawanan kedua di Auckland 23 Februari 2006.

Dengan perlawanan yang sudah berlangsung hampir 18 tahun lalu, pastinya ramai daripada mereka sudah bersara bagi memberi laluan kepada pemain lain untuk mempamerkan kebolehan bersama skuad kebangsaan.

BACA LAGI: STL 2024: Tiga import Thailand 'padu' berjaya curi perhatian penyokong

BACA LAGI: [VIDEO] Kejohanan 7s Asia: Ekor panas hati bintang Filipina 'tackle' legenda Harimau Malaya

Namun, keputusan itu tidak menghalang sebahagian daripada mereka untuk terus aktif dalam arena bola sepak negara kerana kecintaan mereka terhadap sukan tersebut masih utuh.

Melihat kepada skuad kendalian Norizan Bakar ketika itu, Majoriti mendapati tiga daripada bekas pemain negara ketika ini masih giat menceburi bidang bola.

WhatsApp Image 2024-10-11 at 19.26.03

Amri Yahya kini beraksi bersama PT Athletic.

1. Amri Yahyah (Pemain PT Athletics)

Selepas lebih 20 tahun berbakti pada kancah bola sepak tanah air, legenda negara, Amri Yahyah akhirnya sah mengumumkan persaraan pada musim lalu.

Amri yang menabur bakti bersama Sabah FC sejak 2021 itu mengumumkan berita sedih tersebut dalam perlawanan ketika The Rhinos bertemu Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Likas 17 Disember lalu.

Bagaimanapun, dia yang ingin melepaskan kerinduan mengambil keputusan menarik semula pengumuman persaraan itu dengan menyertai kelab daripada Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic musim ini.

Dalam perlawanan berdepan Bukit Tambun FC pada Jun lalu, Amri muncul watak penting selepas mencetak dua gol buat PT Athletic.

WhatsApp Image 2024-10-11 at 19.29.53

Nanthakumar kini bergelar jurulatih skuad Jang.

2. K Nanthakumar (Jurulatih NSFC)

Penolong ketua jurulatih pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) iaitu K. Nanthakumar dinaikkan pangkat dan kini memikul jawatan ketua jurulatih NSFC yang sebelum ini diisi oleh Azzmi Ab. Aziz.

Namun, tahukah anda bahawa Nanthakumar antara legenda yang pernah beraksi buat skuad kebangsaan ketika bertemu New Zealand 18 tahun lalu.

Meskipun tidak beraksi sebagai pemain profesional namun Nanthakumar sepertinya belum puas untuk menabur bakti dalam sukan tersebut.

Hal ini dapat dilihat apabila Nanthakumar kini memilih untuk membantu skuad Jang menghadapi cabaran dalam saingan Liga Super.

Safee Sali

Safee Sali memiliki 76 penampilan antarabangsa.

3. Safee Sali (Pundit Astro Arena)

Legenda skuad kebangsaan, Safee Sali yang memiliki 76 penampilan antarabangsa mengumumkan persaraannya awal musim 2023.

Meskipun sudah tidak beraksi di atas padang namun bekas penyerang skuad kebangsaan itu mengambil keputusan untuk tetap menceburi bidang sukan dengan menjadi pundit untuk rancangan sukan bola sepak bersama Astro Arena.

Seperti yang diketahui, Safee antara legenda negara yang pernah bermain bertemu New Zealand pada 2006.

Manisnya ketika itu, Safee antara pemain yang pernah menyumbat masuk satu gol ketika bertemu New Zealand dan sekali gus menjadi jaringan terakhir buat Malaysia setakat hari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram