HARAPAN penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan Mats Deijl sebagai pemain warisan baharu tidak tercapai selepas FIFA mendapati dia tidak memenuhi syarat ditetapkan FIFA.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), susur galur bek kanan itu untuk menyaksikannya beraksi di Harimau Malaya tidak kesampaian memandangkan dia hanya memiliki hubungan di peringkat nenek moyang.
Perkara berkenaan sekali gus membuatkan pemain tersebut tidak layak untuk menyertai skuad kebangsaan sebagai pemain warisan baharu seperti mana diharapkan peminat bola sepak negara.
BACA LAGI: Hanya ada keturunan Malaysia melalui moyang, Mats Deijl tak jadi sarung jersi Harimau Malaya
BACA LAGI: Macam Kobe Jae Chong, Selangor hantar ejen 'follow' rapat perkembangan Mats Deijl
Lebih mengecewakan lagi, perkhabaran itu diterima penyokong skuad kebangsaan Indonesia yang menjadikan berita tersebut sebagai satu bahan jenaka seperti mana dapat disaksikan di media sosial.
Ini kerana selepas kenyataan itu dikeluarkan, ruangan komen Instagram Mats Deijl dan FAM menjadi sasaran apabila warganet dari negara jiran itu memberikan cemuhan terhadapnya.
"Ayuh rakyat Indonesia semuanya, kita ketawakan Malaysia bersama-sama," kata Reza Aminrazak.
"Semua dia nak 'claim', satu dunia pun kau 'claim'. Pemain yang bukan berketurunan Malaysia pun mereka mahu 'claim'?" kata Terserah Mulah.
"Saya pun pelik, mungkin FAM sudah tahu Mats Deijl tidak boleh didaftarkan, tetapi mereka hanya mahu menggembirakan penyokong," kata Akundi Baj.
Maarten Paes merupakan antara pemain naturalisasi terbaru skuad Garuda. — Agensi
"Kalau sudah gagal terpilih untuk Harimau Malaya, kenapa tidak cuba diserap ke dalam skuad Indonesia," kata Jaafar Jori.
"Boleh dah tu Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) cuba sambar Mats Deijl ni. Mana tahu dia ada darah Indonesia," kata Malik Nami.
Beberapa tahun kebelakangan ini, skuad Garuda turut memberikan status naturalisasi terhadap beberapa pemain untuk menguatkan lagi skuad mereka.
Pemain pertahanan tengah, Jordi Amat dan penjaga gol Dallas FC, Maarten Paes merupakan yang terbaru menerima status itu dengan kehadirannya menaikkan lagi kualiti pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram