SELANGOR FC berhasil mengaut tiga mata berharga di di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dekat Kuala Nerus, Terengganu selepas menewaskan skuad Sang Penyu dengan keputusan 1-0 bagi saingan Liga Super pada Sabtu.
Jaringan kemenangan itu terhasil menerusi penyerang Gergasi Merah iaitu Ronnie Fernandez yang hanya memerlukan 27 saat untuk mencipta gol terpantas dalam saingan Liga Super musim ini.
Gol berkenaan difahamkan berjaya memadam rekod gol terpantas 33 saat sebelum ini milik penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad dalam saingan Liga Super ketika berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 11 Mei lalu.
BACA LAGI: Sorakan mak cik petir tak berjaya halang Perak pesta gol di Temerloh
BACA LAGI: Muak sikap Zamsaham, pelabur TRW dilapor lancar Gerakan Selamatkan Kelantan
Walaupun skuad kendalian Nidzam Jamil berhasil menjadi pasukan pertama yang meleburkan rekod tanpa kalah TFC di laman sendiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini namun ia masih mengundang kritikan daripada penyokongnya.
Menjengah reaksi penyokong Gergasi Merah di ruangan komen, rata-rata mereka menyifatkan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali Selangor iaitu Nidzam tidak kreatif untuk ditonton dan diaplikasikan oleh pemain.
“Taktikal tidak menjadi. Tolonglah tukar jadikan persembahan Selangor lebih tajam dan menarik. Baru semangat tengok. Pihak pengurusan tolonglah buat yang terbaik untuk Selangor,” kata penyokong Gergasi Merah, Ezwan Shah.
“Tolonglah tukar taktikal itu NJ (Nidzam Jamil) bertubi-tubi kena serang, macam mana nak hadapi ACL2 (Liga Juara-Juara Asia 2). Menang lain cerita tapi yang penting tukar format permainan,” komen penyokong Gergasi Merah, Mukashah MB.
“Betullah kena cari jurulatih baharu. Menang pun sebab kelebihan pemain. Dari segi taktikal, NJ tidak kreatif langsung. Pemain dah bagus tapi masalah dekat NJ. Tidak kreatif seperti Tan Cheng Hoe dulu,” jelas penyokong, Wos Wos.
Perlawanan dengan taktikal agak membosankan itu dikhuatiri akan berlaku pada pertemuan menentang Cebu FC di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada 3 Oktober, yang dijangka lebih sukar dari aksi menentang skuad Sang Penyu.
Sebelum ini, Gergasi Merah membuka kempen Kumpulan H ACL2 dengan satu mata apabila mengikat Muangthong United 1-1 pada Khamis lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,