SRI Pahang FC dilihat bergelut untuk memulakan aksi Liga Super minggu ke-12 menentang Perak FC selepas pasukan pelawat lebih banyak menguasai perlawanan di Stadium Temerloh, Pahang.
Sri Pahang yang hanya menurunkan tiga pemain import gagal mencari sebarang jaringan selepas Haziq Nadzli cemerlang menjaga gawang gol Perak.
Manakala Perak yang diketuai oleh Luciano Guaycochea dilihat tiada masalah untuk terus mengasak kubu pertahanan Sri Pahang.
BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City
Pertembungan Guaycochea dan Aguero di bahagian tengah menjadi penentu untuk pasukan masing-masing melancarkan gerak balas ke kubu lawan.
Manakala Kpah Sherman pula diasak rapat oleh Sunday Afolabi yang banyak mengagalkan percubaan pemain nasional Liberia itu untuk membolosi gawang gol Perak.
Selepas beberapa asakan dari Perak, akhirnya anak-anak buah Yusri Che Lah berjaya membolosi gawang Sri Pahang menerusi tandukan Guaycochea hasil sepakan penjuru Tommy Mawat Bada.
Suasana Stadium Temerloh juga dilihat sedikit sepi selepas Sri Pahang ketinggalan dengan satu jaringan pada babak pertama permainan.
Keputusan semasa di separuh masa pertama, Sri Pahang 0-1 Perak hasil jaringan Guaycochea.
Bersambung babak kedua, pasukan Sri Pahang disambut dengan jeritan padu mak cik petir untuk mengembalikan semangat pemain-pemain Tok Gajah.
Namun jeritan mak cik petir itu tidak mendatangkan sebarang perkembangan positif selepas Sri Pahang sekali lagi dibolosi menerusi jaringan kedua Guaycochea pada minit ke-42 permainan.
Tidak terhenti disitu, 18 minit kemudian gerakan satu dua Clayton dan Firdaus Sayadi berjaya menambah derita Sri Pahang hasil 'placing' mudah Sayadi.
Sri Pahang gagal bangkit daripada ledakan tiga gol Perak itu sekali gus anak-anak buah Yusri Che Lah berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke Ipoh.
Perak memenangi perlawanan hasil dua jaringan Guaycochea dan Firdaus Sayadi tanpa sebarang bolos. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram