[VIDEO] 'Assist' sahaja tak cukup, bintang TBG dipesan buang sikap tamak


  • Podium
  • Ahad, 22 Sep 2024

Azfar Fikri menyertai Perak pada awal musim ini selepas kurang mendapat tempat di Terengganu FC. — Facebook/TFC

PERAK FC akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak dekat Ipoh, Perak pada Sabtu.

Pada pertembungan berkenaan, gol kemenangan skuad bimbingan, Yusri Che Lah itu dijaringkan oleh pemain import, Luka Milunovic pada minit ke-62 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Jaringan gol dari Milunovic yang menewaskan penjaga gol skuad Warga Kota, Azri Ghani itu sebelumnya dihantar dari pemain muda Perak sedang meningkat naik, Nur Azfar Fikri Azhar.

BACA LAGI: Yusri Che Lah tak senang duduk, terlompat-lompat demi 3 mata pertama di 'rumah sendiri'

BACA LAGI: Hampir 2 musim bersama Perak, anak jati Sabah beri hint ucap selamat tinggal

Hantaran bantuan pertama dari pemain yang mesra dengan sapaan Kaka itu nyata menggembirakan para penyokong dengan rata-rata mereka turut memuji aksi lincah tonggak tengah menyerang itu dalam membantu barisan hadapan skuad The Bos Gaurus (TBG).

Di sebalik pujian berbakul yang diberikan kepada Azfar Fikri, pemain berusia 24 tahun itu juga dinasihati untuk membuang sikap tamaknya ketika bermain dan sebaliknya perlu memberi peluang kepada rakan sepasukan untuk melakukan percubaan.

“Kaka lain kali jangan main tamak sangat. Banyak peluang dari rakan-rakan lain. Teruskan belajar,” pesan penyokong skuad Seladang, Amy Amygoodyear.

“Apa-apa pun terima kasih kepada dia kerana kalau tak kerana kesungguhan, gol dari Luka tak akan tercipta. Betul, dia perlu belajar lagi macam Wan Zack,” tambah penyokong TBG, Chaun Lail.

Azfar perlu tambah baik awareness. Ada dua situasi yang jelas menampakkan dia lack of awareness, yang pertama waktu dia lost possesion di bahagian last defense, hampir-hampir KL dapat gol.

“Satu lagi masa boleh cutback set untuk Luka, dia pilih untuk cuba dalam narrow space. InsyaaALLAH kalau dapat dibaiki lagi lepas ini, Perak akan jadi lebih digeruni,” tambah penyokong TBG, Nazir Azlan.

Segala kritikan yang dilemparkan kepada Azfar Fikri itu diharap akan terhakis sedikit demi sedikit menjelang perlawanan berdepan Sri Pahang FC di tempat lawan pada 28 September dengan misi meneruskan rentak cemerlang.

Dalam pada itu, kemenangan itu membolehkan Perak memanjat naik ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan, hanya empat mata di belakang pasukan ketiga Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram