[VIDEO] 'Salute', dendangan lagu Bahasa Jiwa Bangsa kumpulan koir pelajar sekolah persendirian Cina mengundang sebak


  • Tular
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Para pelajar SMPC Chung Hwa menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

BAHASA merupakan salah satu medium untuk menyatukan antara dua pihak. Di Malaysia, bahasa Melayu dianggap sebagai jambatan terbaik untuk menyatupadukan rakyat.

Bahasa yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan itu dilihat mampu membawa semua kaum di negara kita untuk bersatu serta menguatkan perpaduan.

Jadi, tidak harian apabila melihat tidak kira apa pun bangsanya, rakyat Malaysia tiada masalah untuk menguasai bahasa Melayu.

BACA LAGI: Ibu sedih sampai hilang kata-kata, pelajar SMK Subang Bestari akhirnya selamat pulang rumah lepas hampir 24 jam

BACA LAGI: Jurutera ‘basuh’ staf kedai merengek gaji murah, siap senarai 10 poin penting lepas dakwa tauke cekik darah

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah sekolah persendirian dari Kuala Lumpur mencuri tumpuan apabila berjaya menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu menerusi persembahan koir dengan baik.

Sekolah Menengah Persendirian Cina Chung Hwa, Kuala Lumpur menjadi perhatian selepas menghasilkan nyanyian lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" dengan cukup baik.

Persembahan tersebut nyata mendapat pujian ramai apabila klip tersebut tular di media sosial.

"Perghh kagum aku tengok orang-orang muda Malaysia macam ni. Terbaik adik-adik. Salute," kata seorang netizen bernama Hailme Iswa.

"Terbaik, comel-comel pakai baju kurung, semoga anda semua dapat kuasai bahasa kebangsaan dengan baik," ujar Razman Razab.

"Macam ni baru koir, suara berlapis-lapis, bukan senang nak buat ni. Syabas adik-adik, bahasa jiwa bangsa," komen Azzah AzzahRa.

Sekolah persendirian tersebut merupakan sebahagian daripada peserta bagi Festival Bahasa dan Sastera 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Mereka merupakan juara kategori koir dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000. Festival itu turut mempertandingkan acara lain seperti deklamasi sajak, pidato dan bercerita.

Festival tersebut diadakan khas bagi sekolah-sekolah sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah menengah persendirian Cina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram