Jurutera ‘basuh’ staf kedai merengek gaji murah, siap senarai 10 poin penting lepas dakwa tauke cekik darah


  • Massa
  • Khamis, 12 Sep 2024

Tindakan seorang bekas pekerja merungut tidak diberikan kelebihan dikritik pengguna media sosial. — Gambar hiasan

SELEPAS pengasas kepada sebuah pasar raya terkenal dinobatkan sebagai jutawan terbaharu di Malaysia, muncul pula bekas pekerja bagi kedai berkenaan yang meluahkan tentang manfaat kepada pekerja yang seakan-akan tidak terjaga.

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang pengguna, Faiz Syukri berasa tidak berguna jadi dinobatkan sebagai jutawan jika tidak menjaga kebajikan pekerja.

"Jadi berapa gaji minimum dia bayar pekerja kedai? 3k? 4k? Seminggu kerja 5 hari? 6 hari? Ada makan malam tahunan? Ada bonus? Ada company trip? Ada work union? Tak guna jadi billionaire kalau tak mampu bagi ini semua kepada pekerja," tulisnya.

BACA LAGI: Tak sempat pandu kereta hadiah anak, bapa maut lepas cabut 23 batang gigi di China

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal penjual makanan goreng, gadis sunti Sumatera ditemukan ditanam tanpa seurat benang

Tidak hanya itu, individu lain, Azharul Kamil turut beranggapan syarikat sedemikian bukan setakat tiada kelebihan, malah lebih kepada memberi keburukan kepada pekerja.

"Kelebihan? Kahkah. Jangan sembang kelebihan, lebih kepada keburukan. Aku beri satu sahajalah. Jawatan penolong (assistant) kalau boleh tak ada syif dan dua hari cuti. Gaji? Kurang RM2800. Itu belum kira Overtime (OT) kena potong, bayar product losses," tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat perhatian ramai warganet, antaranya seorang jurutera, Hamizi Hamdan yang membidas ulasan bekas pekerja syarikat terbabit.

"Terbaca pasal bekas pekerja syarikat kompelin kata kerjanya gaji murah, takde OT yang berpatutan, kerja masa panjang, tiada elaun lain dan kelebihan-kelebihan lain.

"Ini semua timbul bila tengok tauke jadi jutawan. Dikatakan tauke kaya atas jerih staf.

"Dahulu masa sekolah orang suruh belajar kau main-main, pergi merempit. Pelajaran bukan jiwa kau. Sekarang banyak pulak kompelin," katanya menerusi Facebook.

Hamizi Hamdan turut 'membasuh' pemikiran individu yang tidak senang apabila melihat bekas bosnya itu disenaraikan sebagai jutawan.

"Ada orang paksa kau kerja di situ? Kau boleh je cari kerja tempat lainkan. Tiada siapa letak p****l kat kepala kau.

"Nak gaji besar cari kerja yang susah orang ganti. Kau kalau berhenti di kedai itu, berpuluh orang menunggu nak ganti. Apa majikan nak kisah," katanya.

Hamizi turut berpendapat adalah hal yang biasa jika perlu mengganti duit yang hilang sewaktu seseorang sedang bertugas sebagai juruwang.

"Pasal kena ganti duit hilang tu biasa sahaja. Dari zaman dahulu siapa jaga cashier kalau duit short sahaja memang kena potong gaji. Kau baru keluar gua ke?," soalnya kepada lelaki terbabit.

Mengulas lanjut, Hamizi turut membandingkan dengan jawatan lain iaitu jurutera yang sudah menjadi perkara biasa jika bekerja dalam tempoh masa yang lama dengan nilai gaji yang dibayar rendah.

"Kerja 10 jam gaji tak sampai RM3,000. Marilah kerja jurutera tapak pembinaan. Ada ijazah gaji RM2,500 je tak tentu dapat nak cuti sebulan sekali.

"Jangan kata 10 jam, 12 jam tu biasa, 24 jam pun selalu (bila peak). Jurutera itu ada ijazah kompelin pun orang tak peduli. Kau hanya sekadar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu siapa nak peduli," katanya.

Hamizi turut berkata, jika mengidamkan bonus yang pelbagai seperti makan malam tahunan dan perjalanan syarikat, cubalah bekerja di sektor yang lain.

"Kau nak annual dinnerlah, company trip... Kau masuk Multilevel marketing (MLM) atau jadi ejen takaful, atau ejen hartanah. Kau kena menjual.

"Tetapi tak nak pulak. Tak sesuai dengan jiwa. Tiada darah menjual. Banyak alasan," katanya.

Hamizi turut mencabar lelaki berkenaan supaya mencuba bagi membangunkan perniagaan sendiri jika mengidamkan banyak perkara.

"Pergi buka satu perniagaan sendiri dan mula daripada bawah. Jadi bos yang pemurah macam kau idamkan itu.

"Yang utama adalah gaji. Bonus tu tak wajib pun syarikat nak bagi. Dalam surat lantikan kadang kala ditulis discretion (budi bicara) company. Kena faham mana satu wajib (statutori) mana satu discretion atau tak wajib," katanya.

Hamizi turut mengetawakan bekas pekerja berkenaan yang menyentuh soal ketiadaan kesatuan sekerja dalam syarikat terbabit.

"Nak buat union (kesatuan sekerja?) Good luck lah. Perniagaan moden kat Malaysia ini dah lama tak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Yang masih ada ini yang lama. Yang paling banyak dekat MAB (dulu panggil MAS).

"Nak gaji besar, masa sekolah sepatutnya belajar betul-betul. Kalau diri itu tak sesuai akademik, masuk kemahiran. Selepas itu kerja cari pengalaman dan tambah lagi kemahiran," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram