MERANTAULAH sejauh mana pun, negara sendiri juga paling dirindui.
Itulah pepatah sesuai untuk menggambarkan situasi dialami oleh seorang warga Malaysia yang pernah melancong di Hong Kong, China baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya di akaun X @TheFuturizts pada Khamis, percutiannya selama enam hari itu membuatkannya lebih bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Jaga posisi, gerakan ketika solat duduk dalam kereta api
BACA LAGI: Kecil-kecil dah berani tunjuk bakat atas pentas, 2 anak Orang Asli harumkan nama Sabah dan Johor
Pelancong Malaysia berkongsi pengalamannya selama enam hari di Hong Kong. — Twitter/TheFuturizts
Pengguna media sosial itu berkata demikian selepas melihat realiti sebenar kos sara hidup yang tinggi di Hong Kong.
Menurutnya, Hong Kong mempunyai jurang kekayaan lebih besar berbanding Malaysia jika dilihat daripada aspek kos tersebut.
"Pada hari Sabtu (7 September 2024), saya makan malam di salah sebuah restoran mewah di Habour City, Hong Kong. Nampaknya, restoran yang menghadap laut mempunyai sewaan hampir RM550,000 sebulan.
"Purata sewa di kawasan tersebut adalah sebanyak enam digit. Semua di sini mahal. Apabila anda nak bayar untuk makanan di Hong Kong dan ia sangat mengejutkan.
"Hong Kong juga merupakan negara kaya dan miskin tegar," tulisnya.
Harga makanan dan sewaan di restoran mewah lebih tinggi di Hong Kong. — Twitter/TheFuturizts
Katanya lagi, kos sewaan rumah secara purata di lokasi tersebut untuk pangsapuri kecil kira-kira kurang daripada 400 kaki persegi yang tidak berada di pusat bandar berharga RM11,075 hingga RM16,613 sebulan.
Manakala gaji minimum untuk pekerja di negara itu ialah (RM16,200) pada suku tahun pertama dan ia sekali gus menunjukkan bahawa satu daripada dua orang memperoleh pendapatan kurang daripada jumlah tersebut.
"Dengan purata sewaanh itu, adalah mustahil untuk graduan baharu mampu membeli ruang kediaman yang kecil dengan gaji mereka.
"Di Hong Kong, 0.001 peratus orang atasan orang menguasai 50 peratus daripada jumlah pendapatan negara. Ini lebih dua kali ganda berbanding China dan Amerika Syarikat (AS) dan 10 kali ganda paras di Perancis," tulisnya.
Jurang itu secara tidak langsung memberi kelebihan lebih banyak kepada golongan kaya serta memaksa individu berpendapatan rendah untuk berhijrah.
Ruang kediaman kecil yang kebanyakannya dimiliki oleh golongan miskin di Hong Kong. — Twitter/TheFuturizts
Lebih mengejutkannya apabila melihat keadaan kediaman golongan miskin yang besarnya boleh disamakan dengan ruang tandas di Malaysia.
Katanya, kebanyakan keluarga golongan itu tinggal di pangsapuri sebesar 60 kaki persegi.
"Malah, purata hidangan iaitu nasi itik panggang, mi, daging lembu dan sebagainya pula berharga sekitar RM30-50.
"Untuk meja dua orang berkongsi satu pasta, satu pencuci mulut dan dua minuman, bil boleh mencecah RM250," jelasnya.
Tambahnya, situasi itu membuatkan dirinya berasa lebih istimewa kerana tinggal di Malaysia meskipun kos sara hidup seperti sewa rumah di bandar sentiasa meningkat, namun tidak terlalu mahal seperti Hong Kong.
Rata-rata warga maya lain turut bersetuju dengan kenyataannya serta tidak menafikan bahawa kemewahan yang ada di Hong Kong itu tidak dapat menandingi rasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
"Pernah ke sana beberapa bulan lalu. Walaupun saya mesti katakan tempat itu sangat mengagumkan, kami sememangnya bertuah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
"Setiap kali saya pulang dari tempat yang sangat mahal, saya sentiasa bersyukur berada di sini. Malaysia, memang tanah air kita bertuah," komen @FaisalMN20.
"Saya pun pernah bercuti di Hong Kong selepas Covid-19 dan sejujurnya saya tak seronok sangat sebab semuanya mahal," kata @hiphopless.
Sementara itu, bagi menangani isu kos sara hidup di negara ini, kerajaan mengambil langkah untuk memberi tumpuan kepada beberapa strategi terutamanya menstabilkan inflasi dalam pembentangan Belanjawan 2025 Oktober nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram