Tular foto lubang benam di Pandan Jaya, ramai tunggu respons MPAJ


  • Primer
  • Rabu, 04 Sep 2024

Tangkap layar memaparkan keadaan lubang benam yang berlaku di atas jalan raya berhampiran kawasan Pandan Jaya pada Rabu.

TULAR satu gambar memaparkan kejadian lubang benam berlaku di atas jalan raya berhampiran kawasan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Pandan Jaya, Ampang, Selangor pada Rabu.

Berdasarkan foto yang dikongsikan di media sosial itu, insiden berkenaan dipercayai berlaku bersebelahan sebuah stesen minyak.

Bagaimanapun, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat dipastikan.

BACA LAGI: Johnny’s Restaurants, Black Canyon nafi guna alkohol dan wain, sedang dapatkan sijil halal Jakim

BACA LAGI: Operasi SAR lubang benam Masjid India secara rasmi dihentikan selepas 9 hari

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berhubung kejadian tersebut.

Menjengah ruangan komen, bimbang akan keadaan itu, rata-rata warga maya menggesa agar pihak berkuasa memberi penjelasan berhubung insiden berkenaan.

"Kuala Lumpur ni tak lama dah nak jadi blackhole, nasiblah dah tak pergi meeting area sana," kata Tentera Al-Mahdi.

"Pihak berkuasa tak kan nak duduk diam saja,banyak dah kejadian macam ni berlaku," kata Hasmadi Hassan.

"Makin menjadi-jadi pula, pihak berkuasa kena buat sesuatu ni," kata Fazly Ahmad.

Berdasarkan semakan di laman sosial MPAJ setakat pukul 7 malam, tiada maklumat dikeluarkan berhubung foto tular tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram