[VIDEO] Polis UK tahan 5 suspek bawah umur, disyaki jadi punca kematian warga emas keturunan India


  • Benua
  • Rabu, 04 Sep 2024

Bhim Sen Kohli, 80, meninggal dunia berikutan serangan kejam di taman Franklin Park di Braunstone Town, Leicester, United Kingdom pada Isnin.

SEORANG lelaki warga India dilaporkan meninggal dunia di taman Franklin Park di Braunstone Town, Leicester, United Kingdom pada Isnin.

Mangsa yang dikenali sebagai Bhim Sen Kohli dipercayai mengalami kecederaan di bahagian leher akibat ditendang oleh beberapa kanak-kanak dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Difahamkan, mangsa yang berusia 80 tahun itu sedang berjalan-jalan bersama anjing peliharaannya yang berhampiran dengan kediamannya namun secara tiba-tiba diserang oleh sekumpulan kanak-kanak tersebut.

BACA LAGI: Johnny’s Restaurants, Black Canyon nafi guna alkohol dan wain, sedang dapatkan sijil halal Jakim

BACA LAGI: Tekong kini boleh 'terbang', ISTAF cadang peraturan baharu bulatan servis

Menurut anaknya, mangsa sempat mengadu sakit di leher dan mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya sebelum dibawa ke hospital Nottingham.

Aduan itu dibuat ketika lelaki berkenaan sambil bersandar ke sepohon pokok dan memanggil anaknya ke taman yang juga merupakan lokasi kejadian.

Meksipun sempat dibawa ke hospital, Kohli dilaporkan meninggal dunia sehari selepas serangan itu berlaku.

Susulan kejadian itu, polis menahan beberapa kanak-kanak yang disyaki terlibat dalam insiden berkenaan.

"Polis mengesahkan menahan lima kanak-kanak, tiga perempuan dan dua lelaki kerana disyaki membunuh dan disoal siasat," katanya.

Bagaimanapun, salah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 14 tahun masih dalam tahanan polis untuk meneruskan siasatan, manakala empat lagi dibebaskan tanpa tindakan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram